Mercedes-Benz Malaysia mengetuai bahagian pasaran pertengahan tahun 2017

oleh ONNY IZWAN|

 

Pertengahan tahun 2017 menjadi titik kebanggaan Mercedes-Benz Malaysia kerana ia berjaya mengekalkan tahap bahagian pasaran sebanyak 2.2% berbanding jenama mewah lain. 

 

Ia mencatatkan jualan sebanyak 5,913 kenderaan dan menyelenggara sebanyak 61,850 kenderaan.

 

Jumlah ini berdasarkan kadar penjualan model-model yang dipasang di Malaysia, iaitu model C-, E-, dan S-Class, sebanyak 3,663 unit. 

 

Antara jumlah tersebut, model C-Class ialah yang terbanyak, dengan 2,075 unit dijual, diikuti dengan E-Class, sebanyak 1,358 unit dan S-Class, sebanyak 230 unit.

 

MBM-1

 

“Tibanya pertengahan tahun 2017 dan kami masih jauh mendahului jenama lain dalam segmen kereta premium. Ini disebabkan oleh strategi komprehensif kami yang mementingkan kehendak pelanggan, dengan memberikan pilihan serta perkhidmatan terbaik. 

 

“Dengan momentum suku kedua dan prestasi baik produk pasangan tempatan kami, kami yakin Mercedes-Benz Malaysia akan mencatatkan tahun gemilang bagi 2017,” jelas Naib Presiden bahagian penjualan dan pemasaran untuk Mercedes-Benz Cars, Mark Raine.

 

Model-model Mercedes-Benz Compact pula mencatatkan 739 unit, manakala SUV merekodkan penjualan sebanyak 1,233 unit bagi tempoh awal hingga pertengahan tahun ini. Mercedes-Benz Dream Cars, iaitu kereta termahal dalam rangkaian kereta jenama itu (seperti model-model AMG dan sebagainya) telah mencatat penjualan 268 unit.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) kini telah mengumumkan bahawa mereka telah melabur lebih RM1 billion…
Berita Domestik
Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) bersama pengedarnya Hap Seng Star (HSS) telah melancarkan…