Mercedes-Benz Malaysia lancar empat model terkini bertemakan Dream Cars 2018

oleh Mohamad Hanif|
Di bawah tag nama Dream Cars 2018, Mercedes-Benz Malaysia hari ini telah memperkenalkan empat buah model yang begitu menarik perhatian dan sporty, iaitu E 300 Cabriolet AMG Line, CLS, dan juga kereta sports AMG GT C.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berikut merupakan perincian bagi setiap model yang dilancarkan sebentar tadi di ALYA International Gallery, Mount Kiara. 
 

Mercedes-Benz E 300 Cabriolet AMG Line


Spesifikasi ringkas:

Sesaran enjin - 1991 cc inline four
Kuasa - 245 hp  
Daya kilas - 370 Nm
FC - 7.9 liter/100 km (berdasarkan gabungan data NEDC)
Pecutan 0-100 km/j - 6.5 saat
Halaju tertinggi - 250 km/j
Dalaman - kemasan AMG Line, upholstery kulit Nappa, bantuan pencahayaan suram, kerusi boleh laras dengan fungsi memori
Bantuan - kawalan iklim THERMOTRONIC, bantuan parkir PARKTRONIC, kamera 360o, pengesan titik buta, bantuan pengekalan laluan, pakej AIR-BALANCE, head-up display

Direka untuk kebebasan berekspresi dan gaya yang elegan di dalam bentuk cabriolet, E 300 menggunakan bumbung akustik jenis soft top premium bagi mengurangkan kesan bunyi geseran angin ketika pemanduan. 
 


Bumbung soft-top ini mampu dioperasikan sepantas 20 saat pada kelajuan sehingga 50 km/j, terima kasih kepada sistem kawalan elektrik yang membolehkan pemandu memfokuskan perhatian kepada pemanduan. 

Oleh kerana kebanyakan pelanggan lebih gemar memandu dalam keadaan bumbung disimpan, sistem kawalan iklim E 300 ini hadir dengan ciri pengesan suhu automatik yang sensitif membolehkan penumpang kekal selesa tanpa perlu tetapan yang pelbagai.
 

Harga di atas jalan*: RM588,888

 

Mercedes-Benz CLS


Sedan empat pintu coupe ini menampilkan gril hadapan ikonik yang menjadi kelaziman pada model coupe Mercedes-Benz, dengan garisan bumbung yang rendah menampakkan lagi gaya sporty yang cuba ditunjukkan. 

Pada bahagian dalaman, ia menampilkan dua skrin lebar bersaiz 12.3 inci yang menggabungkan panel meter digital yang boleh diubah antara muka mengikut ketetapan pemandu serta sistem infotainmen. 
 


Enjin petrol enam silinder yang hadir pada model ini menampilkan teknologi EQ Boost (integrated starter/generator) dengan motor elektrik 48 voltan , iaitu sistem hibrid yang membantu memberikan kuasa tambahan sebanyak 22 hp ketika proses pecutan, cruising dan memberikan kuasa kepada bateri menerusi proses pemulihan yang cekap. 

Dengan bantuan EQ Boost, enjin enam silinder ini berupaya menghasilkan kuasa setanding enjin lapan silinder dengan penggunaan bahan api yang lebih rendah. 

Ciri yang menarik yang turut hadir ialah ENERGIZING comfort control (ciri pilihan) yang memanipulasikan sistem kawalan iklim, tetapan tempat duduk, pencahayaan dan tetapan bunyi persekitan yang membolehkan ia ditetapkan mengikut emosi dan perasaan pemandu. 

Terdapat enam tetapan yang boleh dipilih iaitu Freshness, Warmth, Vitality, Joy, Comfort dan Training (tiga pilihan - muscle relaxation, muscle activation dan balance). 
 

Mercedes-Benz CLS 450

Spesifikasi ringkas

Sesaran enjin - 2999 cc inline six
Kuasa - 367 hp + 22 hp EQ Boost (ISG)
Daya kilas - 500 Nm
FC - 7.8-8.0 liter/100 km (kombinasi data NEDC)
Gantungan - multilink, AIR BODY CONTROL, Adaptive Damping System (ADS)
Pecutan 0-100 km/j - 4.8 saat
Halaju tertinggi - 250 km/j
Dalaman - kemasan AMG Line, bumbung suria, stereng kemasan Nappa, pakej AIR-BALANCE, kerusi boleh laras dengan fungsi memori, jam analog, bantuan pencahayaan suram, sistem bunyi keliling Burmester
Luaran - kit AMG Line, lampu LED MULTIBEAM, Adaptive Highbeam Assist Plus, rim aloi 20 inci, sill panel dengan tulisan AMG bercahaya.
Bantuan - kawalan iklim THERMOTRONIC, bantuan parkir PARKTRONIC, Distance Pilot DISTRONIC, kamera 360o, cermin pandang sisi dan belakang auto kelam
 

Harga di atas jalan*: RM650,034.58 (tambahan RM4,716.98 untuk pilihan cat designo)

 

Mercedes-AMG CLS 53

Spesifikasi:

Sesaran enjin - 2999 cc inline six
Kuasa - 435 hp + 22 hp (ISG)
Daya Kilas - 520 Nm
Transmisi - AMG SPEEDSHIFT TCT 9G
Pacuan - 4MATIC+, AWD
Gantungan - suspensi udara, Adaptive Damping System (ADS+), AMG RIDE CONTROL
FC - 8.7-8.9 liter/100 km
Pecutan 0-100 km/j - 4.5 saat
Halaju tertinggi - 250 km/j
Luaran - kit AMG, sill panel AMG bercahaya, cermin sisi gentian kerbon AMG, spoiler gentian karbon AMG, gril hadapan dua bilah AMG, tip ekzos berkembar dua, rim 20 inci, lampu LED MULTIBEAM, Adaptive Highbeam Assist Plus
Dalaman - kemasan AMG Line, elemen gentian karbon AMG, bantuan pencahayaan suram premium, jam analog, Widescreen Cockpit dengan mod antara muka Classic, Sporty dan Progressive, kawalan suara LINGUATRONIC, stereng AMG Performance dengan kemasan Nappa, sistem bunyi keliling Burmester
Bantuan - kawalan iklim THERMOTRONIC, bantuan parkir PARKTRONIC, Steering Assist, kamera 360o, head-up display, cermin pandang sisi dan belakang auto kelam, Distance Pilot DISTRONIC
Mod pemanduan - Eco, Comfort, Sport, Sport+, Individual
 

Edition 1 

Tambahan beberapa aksesori kepada varian CLS 450 dan AMG CLS 53 seperti

  • garisan kulit nappa hitam pada papan pemuka
  • kemasan open-pored ash wood pada konsol tengah dan papan pemuka
  • jam analog eksklusif IWC
  • kemasan kunci berwarna hitam berkilat, hiasan krom sekeliling
  • bantuan pencahayaan suram dengan 46 tetapan warna
  • corong pendingin hawa bercahaya
  • pakej cermin
  • pakej memori
  • kerusi belakang boleh lipat dengan nisbah 40:20:40
  • alas lantai dengan lambang Edition 1
  • tulisan krom Edition 1 pada konsol tengah
  • paparan Edition 1 pada skrin utama
     


Harga di atas jalan*- RM806,638.35 (tambahan RM4,716.98 untuk pilihan cat designo)

 

Mercedes-AMG GT C

Spesifikasi ringkas:

Sesaran enjin - 3982 cc bentangan V8 biturbo
Transmisi - SPEEDSHIFT DCT tujuh nisbah kelajuan, tetapan transaxle
Gantungan - double wishbone, AMG RIDE CONTROL, Adaptive Damping System (ADS), AMG Dynamic PLUS, LSD gandar belakang AMG, stereng gandar belakang, TPMS, 
Kuasa - 557 hp
Daya kilas - 680 Nm (2,100-5,500 rpm)
FC - 12.5 liter/100 km
Pecutan 0-100 km/j - 3.7 saat
Halaju tertinggi - 316 km/j
Luaran - kit AMG night package, rim aloi 20 inci, lampu LED, adaptive highbeam assist
Dalaman - kemasan AMG Line, stereng prestasi AMG dengan kemasan mikrofiber DINAMICA hitam, kemasan gentian karbon AMG, kerusi prestasi AMG dengan fungsi memori boleh laras, bantuan pencahayaan suram, sill panel AMG bercahaya
Bantuan - kawalan iklim THERMOTRONIC, bantuan pengekalan laluan, amaran titik buta, kamera undur, cermin pandang sisi dan belakang auto kelam, kerusi dengan pemanas terbina dalam
Mod pemanduan - AMG DYNAMIC SELECT - C (comfort), S (Sport), S+ (Sport Plus) dan I (Individual).

Diposisikan di antara AMG GT S dan juga AMG GT R (Beast of the Green Hell), roadster ini direka untuk memberikan keseronokan pemanduan yang tersendiri dengan elemen sporty yang dibawakan daripada abangnya AMG GT R. 
 


Ekspresi sports car ditonjolkan dengan garisan bonet yang panjang, gril Panamericana AMG yang agresif serta bahagian belakang yang muskular menampakkan GT C sebuah sports car sebenar walaupun ketika pegun. 

Kuasa yang diekstrak (557 hp/680 Nm) daripada enjin V8 biturbo itu membolehkan GT C memecut sepantas 3.7 saat sahaja sebelum mencecah 100 km/j dengan kelajuan tertinggi 316 km/j. 

Menjadikan pemanduan lebih menyeronokkan ialah sistem ekzos prestasi AMG yang memberikan bunyi bergantung kepada mod pemanduan yang dipilih oleh pemandu bermula dari bunyi berfrekuensi rendah (Comfort dan Sport) sehinggalah kepada bunyi ikonik V8 (Sport Plus dan RACE)

Meminjam sistem stereng aktif roda belakang daripada AMG GT R, ia memberikan respon pemanduan yang lebih jitu, cengkaman yang kuat serta kestabilan kenderaan yang tinggi terutama ketika pemanduan pada halaju tinggi dan di selekoh. 
 


Sistem brek pula dibina daripada bahan binaan berprestasi tinggi iaitu seramik karbon berliang yang mampu menghentikan kereta dengan pantas pada jarak yang lebih dekat dan lebih tahan rintangan ketika pemanduan yang ekstrem. 

Melengkapkan ciri pemanduan yang menyeronokkan ialah ciri keselamatan ESP tiga fasa iaitu ON, Sport Handling Mode dan OFF yang lebih sesuai digunakan ketika pemanduan di litar tertutup. 
 


Harga di atas jalan*- RM1,461,605.60

*Harga 0% GST, tanpa insurans dan tertakluk kepada cukai SST yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…