Mercedes-Benz Malaysia buka pusat servis 2S baharu di Setapak

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia dengan kerjasama pengedar terbaru, Auto Commerz Sdn Bhd kini membuka pusat servis 2S bertempat di Setapak.

Bermula sebagai Mercedes-Benz Auto Commerz Autohaus pada September 2017, pembukaan pusat servis 2S terbaru itu bakal memberikan pengalaman pelanggan yang unik dan berkesan kepada pemilik Mercedes-Benz.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dengan ini, secara rasminya Auto Commerz menjadi kumpulan pengedar jenama Mercedes-Benz yang kesembilan di Malaysia. 


"Sebagai kumpulan pengedar yang paling baru menyertai rangkaian Mercedes-Benz di Malaysia, kami berasa bangga untuk menambah perkhidmatan pelanggan ke dalam perniagaan kami," kata Ketua Pengedar Auto Commerz, Eric Khoo. 

Pusat servis Mercedes-Benz Auto Commerz 2S ini terletak kira-kira 950 m daripada Mercedes-Benz Auto Commerz Autohaus, pusat servis ini dilengkapi dengan peralatan dan kelengkapan diagnostik yang disahkan oleh Mercedes Benz dan diselia oleh Mercedes-Benz Certified Service yang terlatih secara profesional.

Dengan kelengkapan dan kawasan kerja yang mencukupi, pusat ini mampu memberikan khidmat kepada lebih 200 kenderaan jenama Mercedes-Benz dalam masa sebulan. 

 

Para pemilik Mercedes-Benz berdekatan boleh melawat Pusat Servis 2S Mercedes-Benz Auto Commerz di alamat berikut:

No 14, Jalan Usahawan 5,
Kawasan Perusahaan PKNS,
Setapak
53300 Kuala Lumpur

Nombor telefon: 03-4144 5500 
 

 


Serentak dengan itu, pihak Mercedes-Benz turut mengumumkan Klinik Servis Mercedes-Benz, satu program pemeriksaan kenderaan yang akan dikendalikan oleh pakar servis 'Flying Doctors' daripada Daimler. 

Program pemeriksaan ini dikhaskan kepada kenderaan jenama Mercedes-Benz yang berusia empat tahun dan ke atas sahaja. 

Pemilik kenderaan Mercedes-Benz dinasihatkan supaya membuat temujanji awal bagi mendapatkan slot mereka tersendiri. 

Berikut merupakan jadual Klinik Servis Mercedes-Benz mengikut tarikh dan tempat. 

 

Tarikh

Tempat

Nombor Telefon

14 - 18 Mei

NZ Wheels Klang

Lot 1385, Jalan Kapar, Wisma Naza, Batu 2, Kawasan 19, 41400 Klang, Selangor

03-3342 3333

25 – 29 Jun

Hap Seng Star Iskandar

No 7, Jalan SILC ¼ CTaman Perindustrian SILC, 79200 Iskandar Putri, Johor

07-509 9019

– 7 September

Auto Commerz

No. 14, Jalan Usahawan 5, Kawasan Perusahaan PKNS, Setapak 53300 Kuala Lumpur

03-4144 5500

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…
Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…