Mercedes-Benz Malaysia buka Hap Seng Kuching Autohaus

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mercedes-Benz Malaysia Sdn bhd (MBM) kini telah melancarkan pusat sehenti pertama, Hap Seng Kuching Autohaus.

Memiliki keluasa 18,383 kaki persegi, dan telah melibatkan pelaburan sebanyak RM53 juta bagi fasiliti dan kemudahan 3S sepenuhnya.

Ia mempenyai 40 staf yang mahir dalam aspek jualan, teknikal servis dan alat ganti. Mampu menyelenggara sehingga 510 kenderaan dalam sebulan dengan 16 ruang selenggara.

Hap Seng Kuching menawarkan penyelengaraan bagi kenderaan penumpang dan juga komersial Mercedes-Benz dan Fuso.

“Pelancaran ini membuktikan komitmen kami untuk menguatkan kehadiran kami di Timur Malaysia. Pasaran di sini amat penting bagi kami dan kami ingim beri servis dan pengalaman terbaik buat para pelanggan” kata Presiden dan CEO Mercedes-Benz Malaysia, Dr. Claus Weidner.

Hap Seng kini sudah beroperasi di 11 lokasi di Semenanjung Malaysia termasuk Bukit Tinggi, Balakong, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ipoh, Kinrara, Klang, Ipoh dan Kuantan

Di Timur Malaysia, Hap Seng beroperasi di Sarawak iaitu Kuching dan Miri, dan Kota Kinabalu, Sabah.

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan A.S. pada hari Rabu lalu, Mercedes Benz…
Berita Domestik
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Sungai Penchala 12, Kampung Sungai…