Mercedes Benz GLC 200 - RM37,000 lebih murah dari GLC 250

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mercedes-Benz Malaysia telah melancarkan varian GLC 200 yang diletakan di dalam julat harga lebih rendah berbanding dengan varian G:C 250 4MATIC CKD.

Varian baharu itu datang dengan enjin 2.0 L turbo yang sama dengan GLC 250 CKD tetapi  menghasilkan kuasa kuda dan tork yang lebih rendah -  184 hp dan 300 Nm.

Transmisi yang digunakan juga yang sama, iaitu 9G-TRONIC dengan 9 kelajuan, automatik.

GLC rear

 

GLC 200 datang dengan bodykit luaran Off-Road walaupun ia cuma pacuan  dua roda. Selain dari itu, antara yang menarik ialah roda aloi 19-inci, panel underguard dalam bentuk krom, corong ekzos c=krom dan rak bumbung anodised.

Bahagian dalam menggunakan campuran kulit tiruan Artico dan juga kemasan fabrik. 

GLC cabin

 

Paling penting, harganya pada RM288,888 jauh lebih rendah dari GLC 250 4MATIC CKD, iaitu RM325,888.

Mercedes-Benz Malaysia ada membawa beberapa wakil media ke Sabah untuk pelancaran dan pandu uji model ini. Sayangnya  mereka belum mampu untuk membawa Careta. Diharapkan agar dengan terlancarnya model ini, syarikat itu mungkin akan mampu berbuat begitu nanti.

Di bawah ialah perbandingan spesifikasi kedua varian tersebut.

glc table

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…