Mercedes-Benz EQT 2023 - minivan elektrik, jarak gerak 282 km

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz memperluaskan penawaran kenderaan elektrik mereka dengan melancarkan model minivan EQT 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan versi produksi kepada Concept EQT yang telah diperlihatkan pada Mei tahun lalu, di mana ia lebih berorientasikan kepada van penumpang yang mewah, namun tanpa imej yang futuristik seperti model EQ lain.

Terdapat dua dimensi yang bakal ditawarkan kelak, dimulakan dengan versi jarak antara roda pendek dengan ukuran 4,498 mm, lebar 1,859 mm dan tinggi 1,819 mm, dan diikuti dengan versi LWB.
 

EQT


Dari segi luaran, EQT mendapat rekaan jeriji yang berliang, unit lampu yang nampak lebih normal (berbanding EQT), serta rekaan belakang yang sama seperti model T-Class.

Mercedes EQT ini didatangkan dengan motor elektrik 121 hp dan daya kilas 245 Nm, dengan pek bateri 45 kWh yang membolehkan jarak gerak sehingga 282 km dicapai.

Pengecasan pantas DC membolehkan pek bateri itu tadi dicas 10 hingga 80 peratus dalam masa 38 minit sahaja.

Harga jualan untuk model EQT bermula dari €49,000 (RM226,425).
 

EQT


Dalam masa yang sama, Mercedes turut memperlihatkan model konsep EQT Marco Polo1 yang merupakan varian camper untuk mereka yang mahukan kenderaan aktiviti luar yang sesuai.

Ia telah ditambah dengan ciri seperti upholsteri Artico Microcut, kemasan kayu Avola cherry, tujuh slot USB, bumbung pop-up, peti sejuk 16 liter, ruang penyimpanan barang, dapur gas, bateri bantuan, meja boleh lipat serta dua kerusi bangku.
 

EQT


Semasa bermalam, sebuah katil lipat berukuran 2 meter kali 1.15 meter boleh dibuka keluar pada bahagian belakang, serta tambahan ruang tidur pada khemah bumbung dengan ukuran 1.97 meter kali 0.97 meter.

Versi produksi sebenar Concept EQT Marco Polo1 ini dijangka muncul menjelang separuh kedua tahun 2023.

Berita Berkenaan

Berita Global
Gambar teaser model konsep Mercedes-Benz EQB telah pun didedahkan oleh Mercedes pada minggu lalu…