Mercedes-Benz CLS baharu tampil dengan inspirasi ikan jerung!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mercedes-Benz walaupun nampak mewah dan gah tetapi ia sebenarnya dikaitkan dengan satu kecenderungan iaitu kenderaan untuk mereka yang berusia. Tidak ada salah pun dengannya malah Mercedes-Benz tahu apa yang dilakukan dan sasaran produk mereka.

Tetapi ada sebuah model dengan reka bentuk segar sedikit sebanyak telah mengubah pandangan terhadap jenama ini.

Pada tahun 2003, Mercedes-Benz telah melancarkan satu model baharu dengan nama CLS. Model itu dikira telah mewujudkan satu segmen baharu dalam barisan produk automotif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

CLS tampil dengan reka bentuk sebuah coupé yang digabungkan dengan ciri-ciri sebuah kereta penumpang. Bumbungnya rendah seperti coupé dan hadir dengan empat pintu.

Menghampiri tahun 2018, Mercedes-Benz telah mendedahkan generasi ketiga CLS dengan mengambil inspirasi dari model generasi pertama tersebut.

Reka bentuk

Mercedes-Benz CLS tampil dengan bumbung rendah, lebar dan menggabungkan bahasa rekaan Sensual Purity Mercedes-Benz. Model baharu ini tampil dengan reka bentuk bersahaja di mana bahagian dan garisan telah dikurangkan dengan signifikan.

 

 

Dari bahagian tepi ke hadapan, bentuknya seolah-olah muncung ikan jerung.

Rekaan yang aerodinamik menjadikan CLS begitu mesra dengan laluan angin melalui bacaan cd 0.26. 

Model ini sebenarnya lebih sesuai jika diletakkan dalam famili coupé Mercedes-Benz berbanding kereta penumpang.

Enjin dan varian:

  • CLS 350 d 4MATIC (286 hp, 600 Nm)
  • CLS 400 4MATIC (340 hp, 700 Nm)
  • CLS 450 4MATIC (367 hp + 22 hp)

 

 

Lampu ambien 64 warna

Lampu ambien boleh diselaraskan secara berasingan dalam 64 warna termasuk pada corong penyaman udara. Apabila tetapan suhu sistem penyaman udara berubah, ia secara ringkas mengubah warna untuk menunjukkan sama ada suhu sedang hangat (merah) atau sejuk (biru).

Kerusi untuk lima penumpang

Adalah menjadi tradisi untuk kereta sebegini mempunyai kerusi untuk empat penumpang sahaja. Tetapi Mercedes-Benz adalah kereta yang sinonim dengan keselesaan penumpang di mana buat kali pertama CLS Coupé didatangkan dengan lima tempat duduk. 

Walaupun sudah lima, tempat duduk belakang mempunyai penampilan yang sama dengan kerusi depan yang masih mengekalkan bentuk sporty.

Untuk tambahan ruang, kerusi belakang itu sebenarnya boleh dipisah mengikut nisbah 40/20/40 dan memperluaskan ruang bagasi sebanyak 520 liter.

Enam mode kabin

 

 

Enam mode ini begitu canggih di mana ia membolehkan penumpang di dalamnya merasai suasana berbeza mengikut tetapan yang dipilih.

Sistem ini mengubah kawalan suhu termasuk wangian, pemanasan kerusi serta pencahayaan dan muzik. Enam program tersebut ialah:

  • Freshness
  • Warmth
  • Vitality
  • Joy
  • Comfort
  • Training

Harga

 

 

Tentang harga pula, CLS baharu ini baru dipertontonkan di Pameran Kenderaan Antarabangsa Los Angeles. Mercedes-Benz masih belum mendedahkan harganya dan kereta ini bakal dipasarkan bermula tahun depan. Mungkin berharga lebih dari setengah juta.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…