Mercedes-Benz Autohaus kini dibuka di Johor

oleh DIANA ISMADI|
Merdeka Bonanza

Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) bersama pengedarnya Hap Seng Star (HSS) telah melancarkan pembukaan Mercedes-Benz Hap Seng Star Iskandar Autohaus (HSS Iskandar) di Johor. 

MBM Autohaus Johor

Pusat 3S Mercedes-Benz yang pertama di Johor ini telah dibangunkan dengan kos pelaburan sebanyak RM5 juta. Ia boleh menempatkan tujuh kenderaan dalam satu masa dan dikendalikan oleh 18 orang kakitangan terlatih.

MBM Autohaus

Pusat 3S ini turut menyediakan lapan ruang servis dan boleh menyelenggara sehingga 528 buah kenderaan dalam tempoh sebulan. 

 

Lebih menarik lagi, HSS Iskandar turut menawarkan “Service Differentiation” yang memudahkan pelanggan. Antara servis yang ditawarkan adalah “Door-to-Door” dimana kereta pelanggan boleh diambil di rumah atau mana-mana lokasi pilihan pelanggan serta “Drop&Go” yang membolehkan pelanggan menghantar kenderaan mereka pada luar waktu urusniaga. 

MBM Autohaus

Bagi kemudahan dan keselesaan pelanggan pula, Pusat 3S ini turut menawarkan fasiliti seperti ruang rehat, café butik, ruang aksesori dan perkhidmatan kewangan. 

 

Alamat HSS Iskandar;

No. 1, Ground Floor, Jalan Bestari 8/2, Taman Nusa Bestari 

 

Pusat Servis HSS Iskandar;

 No 7, Jalan SILC 1/4, Taman Perindustrian SILC.

 

 

 

 

 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
  1. Mercedes-Benz S-Class Limousine (S 450 L) - harga bermula dari RM699,888*    Enjin - 2996cc…
Model Terbaharu
  Spesifikasi model CKD ini hampir sama dengan versi CBU dengan hanya satu perbezaan iaitu roda…
Berita Domestik
Dalam segmen SUV premium pula, peningkatan adalah sebanyak 4 peratus dengan pencapaian sebanyak 1.…