Mercedes-AMG SL 63 4MATIC+ Motorsport Collectors Edition mendarat di Jepun, 17 unit, dari RM1.3 juta

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Jepun baru-baru ini melancarkan model edisi terhad Mercedes-AMG SL 63 4MATIC+ Motorsport Collectors Edition yang didatangkan dengan tema warna Petronas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk makluman, jentera edisi terhad tersebut telah pun diumumkan kemunculannya pada bulan Januari, di mana hanya 100 unit yang akan dihasilkan untuk satu dunia.
 

SL 63


17 daripadanya diperuntukkan untuk pasaran Jepun, di mana setiap satu mempunyai tanda harga sekitar 40 juta yen (RM1,289,888).

Membezakan model edisi terhad ini ialah layangan warna dua tona perak dan hitam yang diinspirasikan daripada jentera Formula Satu Mercedes-AMG, diikuti aksen warna hijau Petronas pada bahagian bampar depan, bampar belakang, rim 21 inci dan skirt sisi.
 

SL


Selain daripada itu, Mercedes-AMG SL 63 ini turut didatangkan dengan pakej AMG Aerodynamics Package dan AMG Night Package I & II yang menambah kemasan hitam berkilat pada komponen jeriji hadapan, cermin sisi, ambang pintu dan juga splitter.

Ruang kabin SL 63 AMG ini dihiasi dengan tempat duduk sports balutan kulit Nappa hitam, sistem audio Burmester, serta pakej telematik AMG Track Pace.
 

SL


Mercedes-AMG SL 63 dikuasakan oleh enjin bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar yang mampu menghasilkan 577 hp dan 800 Nm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar sembilan nisbah kelajuan dan sistem pacuan semua roda.

Pecutan 0-100 km/j hanyalah sepantas 3.6 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 315 km/j.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Grand tourer (GT) terbaharu ini menggandingkan nadi bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar berkuasa…
Berita Global
Untuk makluman, nama Brabus itu sendiri diambil daripada tiga huruf pertama kedua-dua individu…
Model Terbaharu
Sebaliknya, ia akan dijual secara eksklusif di bawah Mercedes-AMG, dan seperti yang anda lihat, ia…