Mercedes-AMG SL 43 2023 buat kemunculan di Sepang, dari RM1 juta

oleh Mohamad Hanif|
Serentak dengan pelancaran sedan A-Class facelift berserta hot hatch A 45 S 4MATIC, Mercedes-Benz Malaysia turut sama memperlihatkan sebuah roadster 2+2 generasi baharu Mercedes-AMG SL 43 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Biarpun bersifat sebagai sebuah jentera aras mula, SL 43 merupakan kenderaan produksi bersiri pertama di dunia yang menampilkan komponen pengecas turbo gas ekzos elektrik yang datang terus daripada sukan Formula Satu.
 

amg sl


Dari segi kuasa, SL 43 AMG dilengkapi dengan enjin 2.0 liter M139 yang mampu menjana kuasa 375 hp @ 6,750 rpm, serta daya kilas 480 Nm @ 3,250-5,000 rpm yang dipadankan dengan transmisi AMG SPEEDSHIFT MCT 9G sembilan nisbah kelajuan.

Sistem hibrid ringan RSG (belt-driven starter generator) mampu menambah kuasa sebanyak 13 hp dan 150 Nm, menjadikan pecutan 0-100 km/j boleh diselesaikan dalam masa 4.9 saat, sebelum mencapai kelajuan tertinggi 275 km/j.
 

AMG


Secara standard, SL 43 dilengkapi dengan sistem suspensi sports, terdiri daripada sistem suspensi multi-link di bahagian gandar depan dan belakang.

Ciri luaran termasuklah AMG Exterior Chrome Package, rim AMG bersaiz 21 inci, unit lampu DIGITAL LIGHT dengan fungsi Adaptive Highbeam Assist Plus, serta tidak ketinggalan angkup brek 19 inci.

Bumbung fabrik tiga lapis berwarna hitam tersebut boleh dibuka dalam masa 15 saat dalam kelajuan sehingga 60 km/j.
 

AMG


Ruang kabin Mercedes-AMG SL 43 membawakan pendekatan 'hyperanalogue' yang menggandingkan kluster digital penuh ke dalam visor tiga dimensi, yang dibantu dengan kehadiran paparan head-up, dan skrin tengah MBUX bersaiz 12.3 inci.

Ciri lain termasuklah roda stereng AMG Performance balutan kulit nappa, butang fungsi stereng AMG, tempat duduk mewah balutan kulit nappa hitam, trim aluminium AMG, serta tidak ketinggalan sistem bunyi keliling Burmester.

Ciri keselamatan yang tersedia merangkumi Driving Assistance Package, GUARD 360° Vehicle, Parking Package, Active Parking Assist, kamera 360 darjah, serta cagak ISOFIX untuk kerusi hadapan.
 

amg


Mercedes-AMG SL 43 2023 bakal dijual pada harga anggaran RM1,000,000.