Mercedes-AMG G65 dipanggil semula atas risiko mengundur terlalu pantas.....

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-AMG G65 sememangnya sebuah SUV yang sangat pantas dengan enjin bentangan V12 6.0 liter mampu menghamburkan kuasa sebanyak 621 ekor kuda dan 991 Nm daya kilas, membolehkan ia memecut sepantas 5.1 saat dari 0-100 km/j.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, menurut laporan keselamatan yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration, SUV G65 itu didapati turut sama laju ketika gear undur diaktifkan dengan kelajuan melebihi 25 km/j.
 


Pihak NHTSA mengesyaki kenderaan yang terjejas mungkin telah dimasukkan perisian pengehad kelajuan mengundur yang tidak tepat sehingga menyebabkan kenderaan menjadi terlalu laju ketika mengundur. 

Memandangkan G-Class ini dihasilkan di dalam unit terhad, sebanyak 20 unit kenderaan G65 telah dipanggil semula di Amerika Syarikat untuk membetulkan kembali perisian kawalan enjin bagi mengehadkan kelajuan kenderaan ketika mengundur. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
   Juga baharu fungsi transparent bonnet yang memaparkan pandangan maya pada bahagian bawah depan…
Berita Global
Berbanding varian berkuasanya GT63, Mercedes-AMG GT43 bersama nadi baharu itu turut tidak…
Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…