Berdasarkan imej yang dibekalkan, ketiga-tiga model tersebut bakal tampil dengan pakej AMG Aerodynamics yang membawakan penampilan yang agresif, diikuti dengan pakej AMG Night Package yang menampilkan kemasan hitam berkilat pada bahagian luar.
Pembeli boleh mendapatkan layangan warna Digital White Metallic atau Cosmos Black Metallic, di mana kedua-dua pilihan warna tersebut digandingkan dengan rim AMG kemasan Titanium Grey bersaiz 19 inci dengan cap tengah berlogokan Edition 55.
Selain itu, di bahagian sisi turut diperlihatkan decal retro yang menampakkan logo AMG.
Kemasan Edition 55 turut dibawakan pada ruang kabin, dengan kemasan upholsteri dua tona, serta roda stereng dengan penanda pukul 12.
Pembeli juga boleh mendapatkan kain pelindung kereta berwarna hitam yang dikemaskan dengan logo AMG berwarna perak.
Di Jerman, ia ditawarkan sebagai pakej yang dijual bermula dari €12,614 (RM57,546).