Kekosongan itu kini diisi dengan model 'standard' Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ tanpa sebarang pelekat grafik Edition 1, namun ia tetap hadir dengan ciri agresif seperti gril AMG, sistem brek berprestasi tinggi AMG dengan angkup brek berwarna merah, serta rim AMG 19 inci
.
Selain daripada itu, ia juga dilengkapi dengan AMG Night Package yang merangkumi kemasan hitam berkilat pada splitter hadapan AMG, panel side sill AMG, perumah cermin sisi, aero foil belakang AMG, serta tip ekzos berbentuk bulat berkembar pada kiri dan kanan.
Sementara ruang dalaman pula dilengkapi dengan roda stereng AMG Performance dibaluti kulit nappa dan mikrofiber DINAMICA, tempat duduk AMG Performance, dan tali pinggang keledar berwarna merah.
Kemaskini terbaharu turut menyaksikan Mercedes-AMG CLA 45 S 4MATIC+ kini dilengkapi dengan paparan Head-up yang mampu memaparkan informasi pemanduan yang lebih dekat dengan sudut pandangan natural pemandu.
Dari segi kuasa, kedua-dua model 45 AMG ini dilengkapi dengan enjin 2.0 liter turbo empat silinder sebaris yang menghasilkan 421 hp dan 500 Nm, serta pecutan 0-100 km/j mengambil masa kira-kira 3.9 saat (A 45 S) dan 4.0 saat (CLA 45 S).