Menteri Pengangkutan minta jangan fokus kepada protokol, tapi fokus pada kerja

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata penganjur acara dan pegawai di kementerian beliau untuk memberitahunya masa sebenar acara bermula kerana beliau tidak mahu orang menunggu kehadirannya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Loke kemudian berkata Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed sangat pentingkan waktu dan semua orang patut mengikuti langkah Tun.

Loke hari ini hadir 10 minit awal dari masa yang diberikan kepada beliau di acara Kempen Balik Kampung oleh Hong Leong Yamaha yang berlangsung di Plaza Tol Sungai Besi dan terkejut bila mengetahui acara itu sepatutnya bermula lebih awal. 

Beliau juga berkata pegawai kementerian tidak lagi perlu terlalu taksub kepada protokol seperti pegawai-pegawai harus berada di majlis untuk menyambut beliau.

"Tidak perlu terlalu tegas kerana anda patut fokus kepada kerja ada," ujar beliau kepada pegawai kementerian beliau.

Syabas kepada beliau dan harapnya Menteri ini turut memberikan nasihat yang sama kepada kementerian dan syarikat-syarikat GLC.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Ia juga bakal menarik minat pelabur-pelabur yang mahu membawa masuk teknologi terkini dalam…
Informasi
“Kenaikan surcaj 10 peratus bukan suatu perkara yang baharu, namun telah dilaksana sejak 20 tahun…
Informasi
"Enam perkhidmatan ETS adalah melibatkan dua perkhidmatan laluan untuk KL Sentral - Padang Besar -…