Menteri arah audit syarikat jika pemandu positif dadah atau jadi punca kemalangan maut

oleh HEZERI SAMSURI|
Menteri pengangkutan, Anthony Loke hari ini telah mengarahkan JPJ dan SPAD untuk menetapkan satu SOP atau ketetapan proses untuk memastikan syarikat-syarikat kenderaan berat seperti bas atau lori diaudit oleh pihak berkuasa sekiranya pemandu mereka didapati positif dadah atau mengakibatkan kemalangan maut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini disampaikan melalui posting terbaharu Kementerian Pengangkutan di dalam laman Facebook mereka petang tadi selepas mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Pengangkutan.

Baru-baru ini ada kes kemalangan yang tular di media sosial ialah kemalangan lori di lebuhraya PLUS berhampiran Plaza Tol Sungai Buaya di mana pemandunya didapati tidak memiliki lesen memandu tetapi mempunyai 64 saman, 36 waran tangkap dan 15 kes trafik tidak dikompaun. 

Pemandu itu bekerja dengan sebuah syarikat pembekal ubat-ubatan.

Sudah tiba masanya syarikat juga perlu dihukum sekiranya terbukti mereka tidak membuat saringan ketika mengambil pemandu mereka atau tidak memantau disiplin pemandunya. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kalau kita tengok tadi, ada sebuah kenderaan Honda City yang ditahan, hasil siasatan mendapati dia…
Berita Domestik
"Dalam pemeriksaan di Taman Arowana, JPJ menyita sebuah lori dipandu lelaki Pakistan malah dia…
Informasi
"Bidaan akan diadakan selama lima hari secara dalam talian di Sistem JPJeBid bermula hari ini dan…