Mengapa perlu 'kanjo' kalau ada cara lebih selamat?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sepang Car Open Track Day
Sepang Car Open Track Day
Di media sosial sekarang ini kita boleh melihat pelbagai aksi pemanduan yang membahayakan sama ada pada diri sendiri atau penggguna jalan raya lain.

Terma yang digunakan ialah kanjo atau di dalam bahasa Inggeris merujuk kepada little to most.

Di Jepun, kanjo melibatkan pusingan pemanduan (loop) di jalan raya awam atau senang kata lumba haram.

Aktiviti tersebut berjaya dibanteras oleh pihak berkuasa Jepun selepas program pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang secara besar-besaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
APJ 1987

 

Di negara kita pula, aktiviti kanjo boleh ditemui di dalam media sosial dan lebih senang diketahui apabila berlakunya kemalangan.

Apa tidaknya? Kereta hari ini dilengkapi perakam video selain Kamera Litar Tertutup (CCTV) dan sekejap sahaja aksi kanjo boleh tular.

Apabila tular habis segala aib didedahkan seperti jumlah saman dan menerima kutukan orang ramai.

Dari segi undang-undang, mereka yang memandu secara melulu dan berbahaya boleh dituduh di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sekiranya terlibat dalam kemalangan, kereta kesayangan rosak dan paling teruk mendatangkan kecederaan pada diri sendiri atau pengguna jalan raya lain.

Di sebalik aksi kanjo, mungkin ada yang mahu sekadar menikmati pemanduan dan sifat sejati seorang yang sukakan kereta.

Ditambah dengan meriahnya aktiviti konvoi kereta pada hari ini.

Tidak salah pun untuk memandu secara berkumpulan asalkan mematuhi garis panduan dan undang-undang cuma yang menjadi masalah apabila memandu secara melulu atau bersaing.

Apa alternatif yang ada? 

 

KBS Rallysprint

 

Bagi melepaskan minat dan gian, ada pelbagai cara di antaranya menyertai hari litar (track day), masa terpantas (time attack) di lot parkir atau rali ringkas (rallysprint).

Kos tinggi? Sukan permotoran tidak pernah murah dan di sinilah letaknya nilai pengorbanan pada minat atau cita-cita.

Lagi pula, risiko dan kos lebih tinggi jika terlibat dengan kanjo atau perlumbaan haram selain jauh lebih merbahaya.

Bagaimanapun, dunia sukan permotoran tidak terlalu kejam, hobi atau minat boleh disalurkan pada aktiviti yang lebih murah seperti go-kart.

Di Lembah Klang ada banyak litar go-kart sama ada jenis terbuka atau dibuat di dalam dewan. Litar go-kart adalah tempat lahirnya para pelumba amatur dan profesional dunia. 

 

SIKC

 

Satu lagi cara dan sesuai dengan peredaran zaman, anda juga boleh berlumba secara maya.

Sudah ada syarikat yang menawarkan perlumbaan simulasi (sim racing) menggunakan laluan Genting Highlands yang merupakan lokasi popular pemanduan.

Kesemua aktiviti di atas dilakukan di kawasan yang terkawal dan jauh lebih baik daripada berlumba di jalan raya awam.

Apabila berlumba secara betul dan berpandukan guru yang mahir, baru tahu sama ada teknik pemanduan selama ini betul atau syok sendiri.

Nama lain bagi perlumbaan ialah disiplin.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Litar Antarabangsa Sepang

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan adanya Virtual Roads, ia mampu mengubah mana-mana jalan kegemaran dalam dunia sebenar untuk…