Mengapa kita perlu projek kereta nasional 3.0?

oleh Mohamad Hanif|
Teringat zaman kegemilangan kereta nasional suatu ketika dahulu, di mana zaman itu tingkap berkuasa tidak berkuasa langsung, dan zaman van mini jual aiskrim berwarna kuning cerah.

Mungkin atas sebab itu kita sebenarnya perlukan projek kereta nasiona ketiga, atau 'Proton 3.0'.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Abaikan suara-suara yang menyatakan kita masih "kekurangan skala ekonomi" dalam pembuatan kenderaan, atau suara menyeru perkasakan sistem pengangkutan awam, itu semua berita bohong dan palsu!

Negara yang membangun tidak akan sesekali menitikberatkan soal pengangkutan yang lebih berkesan untuk rakyat jelatanya, sebaliknya ia lebih kepada memadatkan dan mencaca-merbakan jalan raya yang sudah sedia sesak dengan lambakan kereta individu. 

Tidak faham?

sumber: StarProperty.my


Apabila banyak kereta = kesesakan lalu lintas berlaku = bina flyover untuk mengurangkan kesesakan = negara maju! 

Jadi, PRU yang lalu, kita bukan sahaja memilih pemimpin untuk selesaikan masalah hutang negara, bahkan kita memilih mereka untuk mengambil risiko kembali menceburi bidang pembuatan kenderaan. 

Kita bukan sahaja sudah memiliki dua syarikat kereta nasional, kini kita ada hati untuk bikin satu lagi jenama nasional?

 


Jadi, untuk ambil hati mereka yang inginkan projek kereta nasional 3.0 ini (Perotiga), biar saya cadangkan beberapa perkara untuk tambah baik supaya lebih berdaya saing dengan para pengeluar yang lain.

Untuk mengejar teknologi, kita mungkin ketinggalan. Kita perlu tekankan pada ciri yang boleh kita capai buat masa ini. 

Sesebuah kereta nasional perlu mencerminkan reka bentuk dan budaya setempat, sebagai contoh Perodua Myvi datang dengan ciri "amaran untuk penagih smartphone" yang akan berbunyi mengejutkan anda daripada permainan PUBG sekiranya kereta hadapan sudah berjalan jauh. 

Cangkuk anti ragut juga menampakkan ciri-ciri sebenar sebuah kereta Malaysia, ia menggambarkan realiti kehidupan seharian kita yang terdedah kepada jenayah ragut. 
 

anda masih ingat kereta James May dengan saluran cat di belakang kereta polis ini?


Jadi, Perotiga sewajarnya hadir dengan ciri-ciri yang lebih dari itu, seperti: 

  • palang atau gril keselamatan seperti di rumah pada tingkap kereta
  • Ciri peranti anti-memotong dengan senapang paintball menghalang orang belakang memotong kereta kita
  • sensor parking hadapan memberikan amaran lubang yang berleluasa di atas jalan raya Malaysia yang indah
  • butang kecemasan yang menghubungkan telefon pemilik yang suka double park sesuka hati
  • snorkel untuk kereta baru meredah banjir di Kuala Lumpur dengan senang
     
https://www.youtube.com/watch?v=JiosPxt_5kw


Ciri akhir yang saya kira perlu ada pada kereta rakyat ialah "Tangan Mekanikal Mesra Rakyat dan Mesra Pak Gad".

Malaysia sebenarnya negara yang mempunyai rakyat ramah tamah, cakap pun lemah lembut namun di belakang stereng, karakter itu hilang, digantikan dengan perangai The Hulk. 

Orang memotong dengan kasar, kita marah, bunyikan hon bagai. Namun, perasaan marah itu secara ajaibnya hilang apabila orang tersebut mengangkat isyarat tangan yang mesra. 

Sama juga halnya ketika di pondok pengawal, ciri smart card sebenarnya sudah lama digantikan dengan ciri mengangkat tangan melambai ke arah pak gad dengan senyuman paling manis (kalau emosi baik).

 

 


Ciri Tangan Mekanikal Mesra Rakyat dan Mesra Pak Gad ini juga boleh bertindak sebagai pemegang rokok kepada Ah Beng, Samad dan Muthu yang gemar memandu secara berbahaya menggunakan sebelah tangan oleh kerana sebelah tangan lagi keluar dari tingkap untuk menunjukkan tatu pasar malam. 

Sebenarnya, projek kereta nasional ini bukanlah projek yang mustahil sebenarnya. 

Apa yang mustahil ialah kesediaan kerajaan untuk membaiki semula lubang di atas jalan, mengelakkan banjir kilat dan menghentikan jenayah ragut. 

Paling mustahil ialah membayangkan rakyat Malaysia memandu dengan sopan santun seperti rakyat Jepun. 
 


Jadi, marilah kita berhenti menjadi produk keluaran Mitsubishi, Daihatsu ataupun Geely dan sama-sama hadir dengan sebuah idea yang mampu menangani masalah-masalah di atas, mencirikan dan menggambarkan negara kita Malaysia. 

Mungkin nama Perotiga kurang sesuai, jadi marilah merdekakan diri kita dari pengaruh luar dan kita namakan projek kereta nasional ketiga ni dengan nama MERDE-CAR. 

Kereta Malaysia sebenar!

 

Artikel ini merupakan terjemahan dan ubah suai daripada artikel asal "Why We Need a Third National Car, and How to Design it" oleh Andrew Sia. 

Ilustrasi gambar: Zulhaimi Baharudin

WHY WE NEED A THIRD NATIONAL CAR AND HOW TO DESIGN IT

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Jika fokus adalah kepada kenderaan elektrik, memang wujud peluang untuk UK bekerjasama dengan…
Berita Domestik
Kementerian Pembangunan Usahawan pada fasa akhir menyenarai pendek syarikat yang akan bekerjasama…
Berita Domestik
Laman web tersebut, DSK Industry turut mengaku mereka sedang menyiapkan kereta elektrik pintar yang…