Menangi hadiah bernilai RM600,000 dalam kempen Tahun Baru Cina Nissan

oleh Afandi Che Muhamad|
Rebut peluang untuk memenangi sebuah Nissan Teana 2.5L XV baharu setiap bulan, nikmati mata ganjaran AirAsia Big atau bawa pulang barangan elektrik berjenama Hitachi bernilai hampir RM600,000 dengan mengambil bahagian dalam kempen terbaru anjuran Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini.

Bagaimana ingin ikut serta dalam kempen ini? Mudah sahaja. Beli kenderaan baharu Nissan, nama anda secara automatik termasuk dalam senarai bakal pemenang bertuah yang dicari-cari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jadi, tunggu apa lagi. Sertai kempen sekarang. Kempen berkenaan berlangsung mulai bulan ini (Januari) hingga Mac depan dan terbuka untuk warganegara Malaysia sahaja.

Selain ganjaran istimewa tersebut, kempen berkenaan turut menawarkan Set Golden Fortune Bonus bagi model-model Nissan yang terpilih. Tawaran eksklusif itu mampu membantu anda menjimatkan sehingga RM12,000 menerusi pakej promosi RM1.00 bagi pembelian aksesori premium selain rebat berjumlah RM10,500.

Memeriahkan lagi kempen tersebut, ETCM turut memulakan Karnival Pandu Uji bersempena Sambutan Tahun Baru Cina 2018 di beberapa bilik pameran terpilih mereka di seluruh negara.

Berikut merupakan jadual Karnival Pandu Uji dan Siri Jelajah terbaru Nissan:

Khabarnya, ETCM menyediakan slot aktiviti menyeronokkan bagi menyambut ketibaan Tahun Baru Cina Februari depan. Antara aktiviti menghiburkan tersedia untuk orang ramai yang hadir nanti sebagai contoh Kaligrafi dan Tarian Singa.

Maklumat lanjut mengenai tawaran dan ganjaran, orang ramai boleh berkunjung ke bilik pameran dan siri jelajah Nissan yang berdekatan dengan lokasi masing-masing atau layari laman web rasmi Nissan di www.nissan.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…