Memperkenalkan, Hyundai Tucson 2.0L CRDI Diesel-RM155,788

oleh DIANA ISMADI|

Hyundai Sime Darby Motors kini telah memperkenalkan Tucson 2.0L CRDI Diesel yang ditawarkan pada harga RM155,788 (harga atas jalan tanpa insurans).

 

Jentera ini dikuasakan oleh enjin turbocaj yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 178 PS dan 400 Nm dari 1,750 rpm hingga 2,750 rpm.

 

Tucson ini juga dikatakan menawarkan prestasi dan juga penjimatan bahan api dan kesemua varian Tucson yang dijual telah mendapat pengiktirafan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) di Malaysia.

 

Tucson

 

Ia dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan dengan kelajuan maksimum 201 kmj. Catatan kelajuan 0-100 kmj pula mengambil masa 9.3 saat.

 

Tucson CRDI Diesel ini turut dilengkapi dengan penyuntik piezo yang menyampaikan bahan api pada kadar 1,800 bar.

 

Antara ciri tambahan bagi varian terbaru ini adalah lampu LED dengan static bending light, fungsi Auto Hold serta pintu belakang dengan ciri pintar bukaan automatik ketika kunci berada dalam lingkungan jaraknya.

 

Tucson

 

Bagi varian Tucson 2.0L Elegance, ia telah diberikan ciri tambahan seperti lampu kabus serta lampu nyalaan siang.

 

Hyundai Tucson datang dalam tiga varian;

(Harga atas jalan tanpa insurans)

  • 2.0 Elegance RM126,188
  • 1.6 Turbo GDI RM145,688
  • 2.0L CRDI Diesel RM155,788

 

Ciri-ciri keselamatan Hyundai Tucson;

  • Vehicle Stability Management (VSM)
  • Hill Start Assist (HAC)
  • Downhill Brake Contrl (DBC)
  • Electric Parking Brake dengan ciri Automatic Vehicle Hold(EPB)
  • Enam beg udara bagi varian 1.6L TGDI dan 2.0L CRDI Diesel.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Kereta
    Benarkah di Malaysia ini terdapat ramai peminat k-pop? Apa yang mereka gemar sangat dengan…
Telah Diuji
  Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru-baru ini telah menganjurkan hari menguji pandu secara…
Berita Global
  Kami terkejut dan pada masa yang sama, terpesona dengan kehadiran Hyundai i30 Fastback ini. Ia…