Memminger Roadster 2.7 - bukan kumbang biasa!

oleh Mohamad Hanif|
Ini bukan sebarangan kumbang. Bukan seperti kumbang kuning yang melata di Lebuhraya Karak suatu ketika dahulu. Namun awas! Ia masih mampu menghantui anda.

Dari segi luaran, sememangnya kereta ini mengekalkan ciri-ciri Volkswagen Beetle asal, hanya perubahan kosmetik yang boleh dilihat sekali pandang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, disebalik kulit kumbang itu, tersimpan rahsia yang meletakkan Memminger Roadster 2.7 ini satu tahap yang lebih tinggi berbanding Beetle yang ada di jalanan. 



 

Menurut laman rasmi Memminger Roadster, Beetle ini dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris dengan bentangan boxer bersesaran 2717 cc (perhatikan pada nama model ini yang menggunakan nombor 2.7) dengan ciri sejukan udara. Enjin ini menghasilkan sejumlah 210 PS dengan daya tork yang dicatatkan sebanyak 247 Nm. 

Kuasa sebanyak itu kemudiannya disalurkan ke roda melalui kotak transmisi manual lima kelajuan. 

Memandangkan penggunaan enjin yang lebih berkuasa, casis asal Beetle perlu dipertingkatkan tahap kekuatannya supaya mampu menampung kuasa yang jauh berkali ganda. Menurut laman tersebut, Beetle ini telah diperkuatkan dengan penggunaan bingkai keluli tubular yang dikimpal terus ke platform asal. 

Bagi memberikan kuasa menghentikan kereta dengan mudah, brek hadapan menggunakan brek cakera berliang bersaiz 278 mm dan 262 mm brek cakera solid di bahagian belakang. Manakala penggunaan rim bersaiz 18 inci itu digantingkan dengan penggunaan tayar bersaiz 225/45-18 di hadapan dan 255/40-18 di bahagian belakang. 



 

Maka, terhasillah sebuah Beetle Roadster yang tampak klasik, akan tetapi masih mampu membuatkan anda yang mengacahnya terkebil-kebil ditinggalkan di belakang menghirup asap.

 

Sumber: Memminger Roadster melalui TopGear

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Disebabkan terlalu cintakan Beetle, pasangan anak-beranak Scott Tupper dan bapanya membuat…
Berita Domestik
  Models Harga Termasuk Cukai Jualan Harga Tanpa Cukai Jualan…
Berita Domestik
  Peraduan yang  berdasarkan tagline Volkswagen, ‘Better experienced than explained’.   Untuk…