Menurut pihak berkuasa Norfolk and Suffolk Roads Policing Unit, pegawai mereka menahan lelaki tersebut di dalam keadaan yang sangat mencurigakan.
Ketika ditahan, lelaki tersebut duduk di atas sebuah baldi yang bertindak sebagai kerusi sementara, manakala beliau mengendalikan kereta Peugeot 206 tersebut menggunakan playar jenis Locking untuk memusingkan stereng.
Selain daripada kelakuan yang pelik, kereta tersebut didapati kehilangan beberapa peralatan seperti bumper hadapan, lampu utama dan tayar yang tidak berada di dalam keadaan baik.
Pihak berkuasa menahan lelaki tersebut dan laporan dibuat atas kesalahan "yang terlalu banyak untuk disebut" menurut laman rasmi Twitter pasukan berkuasa berkenaan.
Yes this was driven on a road and yes he was sitting on a bucket and steering with a pair of mole grips. Driver will be reported for too many offences to mention! #KingsLynn #WestARV @RPFOUSgt #Unbelievable #1383/652 pic.twitter.com/2Sg8uYhtSt
— NS Roads Policing & Firearms Unit (@NSRoadsPolicing) July 13, 2018