Melati - Choppy khas untuk si isteri

oleh HEZERI SAMSURI|
Pasti ingat Bern, pakar airbrush dari Kuantan, Pahang.

Bertemu dengan Bern hujung minggu lalu untuk sarapan roti kambing di gerai Roti Kambing Zamri di Kampung Teluk Mahang melihatkan beliau hadir dengan jentera baharunya, sebuah Choppy putih.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Menurut Bern, konsep Choppy kali ini banyak diadaptasi dari choppy-choppy yang popular di Indonesia. 

"Bentuk C-70 itu masih wujud kerana ia bukan modofikasi ekstrem," terang Bern sambil menyuap roti kambing kedua beliau pagi itu.

 

 

Apa yang berbeza dengan choppy lain di Malaysia pula ialah tempat duduk ala basikal Chopper Kassim Baba, tuil gear tangan dan palang sissy-bar seperti American Chopper di belakang.

"Tuil gear itu nampak mudah tetapi itulah komponen paling sukar dalam projek ini. Saya habiskan banyak masa untuk mencari titik tepat agar nisbah gear dapat ditukar dengan tepat dan lancar," sambungnya.

"Bila siap, tuil gear tangan itu juga menjadi komponen paling saya suka kerana terasa sangat istimewanya choppy ini."

 

 

Komponen lain yang nampak mantap ialah corong tangki bahan api yang ditarik keluar dan diberi penutup mahkota emas.

Kunci penghidup juga diubah ke bahagian tepi sebelah kiri (di bawah pelana). Lampu belakang juga nampak "raw".

 

 

Choppy putih yang diberikan nama Melati ini sebenarnya dibina khusus oleh Bern untuk isterinya - Azaliza Abdul Manaf.

"Saya bina Melati untuk beliau supaya kami berdua dapat menunggang bersama-sama. Saya dengan streetcub sado saya dan putih-putih Melati ini untuk isteri," jawabnya tersenyum.

Kos pembuatan Melati ini ialah dalam anggaran RM3,000 termasuk kos membeli motosikal dan ubahsuai enjin.

 

 

Khamis (6 September 2018) ini, Bern akan bergerak ke Hujung Bukit, Perlis dari Kuantan untuk menghadiri acara Custom Cub Gathering ke-5 pada hari Satu dan Ahad nanti.

Event tahunan itu mengumpulkan pelbagai jenis motosikal genre street cub dan Perlis menjadi tuan rumah untuk tahun ini.

Untuk yang mahu mengetahui kisah Bern pakar air brush dari Kuantan, baca laporan kami di sini.

http://careta.my/article/bern-airbrush-dulu-jual-burger-kini-pakar-airbrush-kuantan

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Untuk warga Kuantan dan sekitarnya, mereka ada Mohd Firdaus Ahmad atau lebih dikenali sebagai Bern…