Mega TT Year End Gathering berjaya dan meriah

oleh SALINA JALIL|
Pada 30hb Disember 2017 tercipta sebuah sejarah apabila lebih 1200 buah kereta dari pelbagai kelab berkumpul sempena Mega TT Year End Gathering (Mega TT YEG) di Amanjaya Mall Sungai Petani, Kedah.

Mega TT YEG ini merupakan sebuah acara yang diadakan dua tahun sekali. Pada tahun 2013 Mega TT YEG telah diadakan di Pantai Merdeka dan pada 2015 telah diadakan di Sungai Petani. Acara ini merupakan anjuran Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Turut memeriahkan lagi dengan Mega TT YEG ini adalah kehadiran selebriti seperti Faizal Hussein, Pekin Ibrahim, Along Eyzendy, Adam AF2, Ronney Hussein & Baddrol Bakhtiar yang merupakan penaja acara ini serta mempromosikan produk mereka.

Apa yang menarik kami adalah perhimpunan ini berjaya menyatukan pelbagai kelab kereta tanpa sebarang kasta atau mengikut darjat kenderaan peserta, walaupun ia disertai oleh pelbagai kenderaan seperti kereta kompak, sedan, MPV, muscle car, super car serta kereta klasik.  

Pihak Careta berharap himpunan seperti ini dapat diadakan lagi di masa akan datang bagi mengeratkan siratulrahim dan berkenalan dengan rakan-rakan baharu.  Tahniah dari kami di Careta kepada semua yang terlibat.

 

Memandangkan terdapat banyak gambar yang ingin kami kongsikan, terdapat bahagian kedua di sini: http://careta.my/node/31294