Medan barang lusuh di Semenyih buat lelongan

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anda ingin mencari komponen kenderaan dan motosikal yang terpakai? Barangan antik? Motosikal lama atau kereta lama bersama geran? Atau apa-apa sahaja barangan yang pelik dan “rare”?

Kami syorkan, anda lawati kedai besi buruk/barang lusuh Uncle Subramaniam di Semenyih.

Pemilik kedai besi buruk/barang lusuh ini , Subramaniam a/l Gopal kini sedang menjalankan lelongan di kedai beliau sehingga 50 peratus untuk semua barangan.

Menurut Uncle Subramaniam, beliau terpaksa melelong segala barangan di tapak perniagaan ini kerana telah menerima notis supaya menutup perniagaan ini daripada pihak Majlis Perbandaran Kajang.

“Majlis Perbandaran datang dan beri notis untuk tutup kedai ini, sebab perniagaan besi buruk tidak boleh beroperasi di kawasan perumahan. Mereka suruh saya pindah ke kawasan perindustrian”

“Tapak sewa lain terlalu mahal, jadi sekarang saya mahu lelong semua barang pada separuh harga” kata beliau.

Beliau yang telah menjalankan perniagaan besi buruk ini selama lebih 16 tahun meluahkan rasa sedih beliau kerana terpaksa menutup perniagaan ini.

Sememangnya kedai besi buruk ini merupakan satu medan barangan buruk yang cukup luas. Cakap sahaja apa yang anda mahu? Mesin rumput, radio lama, mesin penebang pokok, alat pembuka tayar, stering kereta, basikal lama……tak habis kami nak senaraikan, macam-macam ada……Anda wajib pergi!

Apa yang lebih menarik, Uncle Subramaniam juga ada dua buah kereta klasik untuk dijual pada separuh harga iaitu Morris Minor RM22,000 dengan dokumen lengkap dan bangkai Austin A35 dengan harga RM18,000.

Uncle Subramaniam kini mengajak orang ramai untuk melawat kedai beliau sebelum penghujung Disember 2017 dan beli apa sahaja barangan dengan harga boleh dirunding.

Lokasi kedai

Sekiranya anda masuk ke pekan Semenyih dari Kajang, ambil simpang ke kiri ke Jalan Sungai Lalang yang menghala ke Nirvana Memorial Park atau Sungai Tekala dan terus lihat ke sebelah kanan. Kedai Subramaniam terletak di belakang Depoh Unit Peronda Polis IPK Kajang.

Hubungi Subramaniam di talian 016-334 9264 untuk maklumat lanjut.