McLaren Artura Spider, model berhud Hibrid Prestasi Tinggi pertama McLaren, lebih RM1.3 juta

oleh Muhammad Md Tajudin|
McLaren Artura Spider
McLaren Artura Spider
Satu yang menarik mengenai kereta super ialah anda boleh mendapatkannya dalam gaya badan coupé atau berhud (convertible).

Sebagai contoh McLaren Artura Spider yang baru sahaja diperkenal dan kereta berhud pertama dari McLaren dengan rangkaian kuasa hibrid prestasi tinggi. 

Artura Spider dibekalkan dengan kuasa, prestasi dan kesatuan pemandu yang dipertingkatkan dan turut disalin pada Artura coupé.

Sebagai kereta berhud, bumbung Artura Spider beroperasi dalam masa 11 saat pada kelajuan sehingga 50 kilometer sejam (km/j).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
McLaren Artura Spider 2025

 

Selain bumbung keras, McLaren menawarkan panel bumbung kaca elektrokromic.

Enjin M630 3.0 liter V6 turbo berkembar menghasilkan 596 bhp pada 7,500 rpm dan tork 585Nm dari 2,250 rpm hingga 7,000 rpm.

Motor elektrik memiliki kuasa 70kW dan tork 225Nm. Gabungan enjin petrol dan perkakasan elektrik menghamburkan 690 bhp dan tork 720Nm.

Enjin dipadan bersama kotak gear SSG (Seamless Shift) lapan kelajuan dengan gear undur menggunakan motor elektrik dan dipasang pembeza elektronik (E-Diff).

 

McLaren Artura Spider

 

Kecekapan aeroterma dioptimumkan melalui sistem empat saluran berasingan bagi meningkatkan aliran udara penyejukan enjin dan pengeluaran haba.

McLaren telah memeta semula kotak gear dan fungsi isian awal (pre-fill) menjadikan tukaran gear 25 peratus lebih pantas.

Sebagai sebuah kereta hibrid, pemandu boleh menikmati mod Electric, Comfort, Sport dan Track. Mod elektrik membolehkan Artura Spider dipandu sehingga 33 kilometer (km).

Motor elektrik dikuasakan pek bateri yang terdiri daipada lima modul dengan kapastiti 7.4 kilowatt-jam. Tempoh pengecasan bateri sehingga 80 peratus kuasa memerlukan 2.5 jam.

 

McLaren Artura Spider 2025

 

Secara keseluruhan, perkakasan hibrid termasuk pek bateri 88 kilogram (kg) dan motor elektrik 15.4 kg hanya menambah 130 kg kepada berat keseluruhan.

Berat tanpa penumpang ialah 1,560 kg. Membawa perkakasan tambahan tidak bermakna Artura perlahan.

Pecutan dari 0 sehingga 100 km/j hanya perlu tiga saat dan 8.4 saat dari 0 sehingga 200 km/j. 

Pecutan dari 0 hingga 300 km/j pula memerlukan 21.6 saat dan boleh dipandu sehingga 330 km/j.

 

McLaren Artura Spider 2025

 

Angkup brek aluminium tempa enam omboh di depan dan empat omboh di belakang dengan cakera 390 milimeter (mm) dan 380 mm ditugaskan untuk menghentikan kereta.

Sistem ABS ditala semula dan jarak pembrekan Artura Spider dan coupé dari 100 km/j sehingga pegun memerlukan 31 meter (m) dan 124 m dari 200 km/j.

Selain itu, saluran penyejukan brek baharu meningkatkan lagi pengurusan haba.

Artura Spider menggunakan casis monokok gentian karbon MCLA (McLaren Carbon Lightweight Architecture).

 

McLaren Artura Spider

 

Majoriti daripada 62 kg perbezaan berat di antara Artura coupé datangnya dari mekanisma bumbung Retractable Hard Top (RHT) kawalan elektrik.

Sistem ampaian menggunakan Kawalan Redaman Proaktif (PDC) dengan mod Comfort, Sport dan Track.

Kadar tingkat balas Sistem PDC mempunyai kadar tindak balas sehingga 90 peratus dan meningkatkan reaksi terhadap input pemandu dan perubahan permukaan jalan.

Reka bentuk cagak baharu untuk rangkaian kuasa juga meningkatkan kelincahan dan ketepatan pemanduan.

 

McLaren Artura Spider 2025

 

Artura Spider dan coupé sudah boleh ditempah dan bergantung kepada pasaran akan mula diserahkan kepada pelanggan pada pertengahan 2024.

Di tanah kelahirannya, Artura Spider ditawarkan daripada 221,500 pound (RM1,339,765) untuk spesifikasi asas.

Tambahan 5,000 pound (RM30,261) diperlukan sekiranya pembeli ingin dapatkan pakej dalaman Performance dengan ciri sporti atau TechLux yang tampil mewah.

Pakej Vision pula menonjolkan gaya dan rasa lebih avant-garde.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

McLaren Artura Spider 2025