MBM CV serah 24 unit trak FUSO kepada Pentas Flora Sdn Bhd

oleh Mohamad Hanif|
Pengedar bertauliah bagi trak FUSO, Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles (MBM CV) bersama Vista Wheels Sdn Bhd, telah menyerahkan sejumlah 24 buah trak FUSO kepada kilang penapisan minyak swasta terbesar di Malaysia, Pentas Flora Sdn Bhd.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menjadi pelanggan kepada trak FUSO semenjak 2011 lagi, Pentas Flora Sdn Bhd telah menambah lagi 24 buah trak tugasan ringan terdiri daripada siri FE71PB yang ditugaskan untuk operasi jarak dekat dan pengangkutan antara negeri dan FE83PG yang lebih sesuai untuk jalan yang tidak rata dan pelbagai. 


Menurut Naib Presiden bahagian kenderaan komersil Mercedes-Benz Malaysia, Albert Yee berkata "Kami berasa amat bangga dengan kepercayaan yang telah diletakkan kepada barisan trak komersil yang lebih terbukti dipercayai, ekonomikal dan juga rangkaian khidmat servis yang meluas."

Bercakap ketika majlis penyerahan, Pengarah Urusan Vista Wheels Sdn Bhd iaitu Book Lim Guan berkata di dalam industri pengangkutan berat, apa yang diperlukan oleh pelanggan ialah kenderaan yang selamat, tahan lasak dan mampu beroperasi dengan baik di bawah tekanan.

"Ciri yang disebut itu merupakan ciri utama yang kami tawarkan pada rangkaian trak FUSO kami," tambah beliau. 
 


Syarikat Pentas Flora Sdn Bhd telah mula beroperasi sejak tahun 2008 bagi memberikan solusi terhadap pengurusan sisa pepejal dan minyak pelincir terpakai dengan perancangan untuk mendirikan kilang ke-12 bertempat di Labuan pada tahun ini. 

Sehingga kini, trak FUSO telah merangkumi hampir 90%  daripada keseluruhan 61 unit trak komersil yang digunakan oleh syarikat tersebut. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, inisiatif pelancaran fasiliti yang menelan belanja hampir RM1.1 juta itu dilakukan…
Berita Domestik
Mercedes-Benz Malaysia Sdn bhd (MBM) kini telah melancarkan pusat sehenti pertama, Hap Seng Kuching…