MazdaSports Academy anjur kelas Advance Driving Mazda di MAEPS Jun ini

oleh Mohamad Hanif|
Buat pemilik kenderaan jenama Mazda, ada berita baik buat anda.

MazdaSports Academy, sebuah jenama di bawah naungan Divisyen MazdaSpors bakal menganjurkan kelas khas "Advance Driving" yang akan diadakan di MAEPS, Serdang pada 9 Jun 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kelas tersebut merupakan yang pertama seumpanya dianjurkan oleh MazdaSports Academy di bawah program pengalaman pemilikan khas untuk pemilik kereta Mazda di Malaysia. 

Menerusi program Advance Driving ini, peserta akan diberikan pendedahan 'bersatu bersama Mazda mereka' di samping meneroka potensi pemanduan masing-masing menerusi penyesuaian posisi memandu yang sempurna seterusnya menjalani kursus pemanduan dinamik bagi memantapkan lagi teknik pemanduan tersendiri. 

Program ini terhad kepada 20 orang peserta terawal sahaja. 

Para pemilik Mazda yang berminat untuk menyertai program insentif ini boleh mendaftarkan minat mereka menerusi laman Facebook rasmi Mazda Malaysia di alamat www.facebook.com/mazdamy/
 


Sejak 2016, MazdaSports Division terlibat di dalam pembangunan kenderaan Mazda, alat ganti, aksesori dan juga program pengalaman pemilikan. 

Sejak penubuhannya, MazdaSports telah membangunkan dua varian Mazda3 MS dan juga Mazda2 M+ khusus untuk pasaran domestik. 

Kini, mereka merancang untuk meluaskan lagi program pengalaman pemilikan Mazda menerusi MazdaSports Academy di dalam masa terdekat. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…