Mazda VISION COUPE ini satu lagi objek seni dari Jepun

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mazda VISION COUPE
Mazda VISION COUPE
Sebelum ini kami ada paparkan tentang Mazda KAI CONCEPT yang lebih menjurus kepada objek seni berbanding sebuah kereta untuk mengangkut penumpang. Pada acara yang sama di Pameran Kenderaan Tokyo ke-45, Mazda turut mempertontonkan sebuah lagi objek yang hendak dihantar kepada guru pendidikan seni untuk diberi markah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Objek yang dimaksudkan ialah VISION COUPE yang mewakili visi gayaan model baharu Mazda. Dengan bentuk bersendi dan berlekuk begini entah bagaimana jurutera dan vendor Mazda hendak membuat acuannya.

Dengan pelbagai berita dan spekulasi, VISION COUPE membawa harapan ia adalah pengganti kepada model sport RX-8 yang telah lama direhatkan. 

Tetapi adakah ia benar-benar pengganti RX-8 atau ini lah bayangan Mazda6 baharu?

Mazda VISION COUPE
Mazda VISION COUPE

 

Apa pun jawapannya kereta concept empat pintu ini tampil dengan reka bentuk menawan. Gaya badannya lembut dan pada masa sama mempunyai sisi bersendi dan kemas tanpa garisan-garisan keras. 

Mazda memberitahu ini lah definisi minimalis bagi mereka tanpa apa-apa elemen yang tidak perlu. Bentuk badannya tampil dengan gayaan satu gerakan yang mengadunkan efek kelajuan dan estetik rekaan Jepun bagi menghasilkan sebuah kereta elegan dan premium

Sama seperti KAI CONCEPT, model VISION COUPE ini tampil dengan evolusi bahasa gayaan KODO yang lebih matang.

 

Mazda VISION COUPE
Mazda VISION COUPE

 

Apa yang jelas tentang kereta ini ialah hud enjinnya yang panjang dan kemudian bumbung yang tertarik ke belakang bagi mengisi istilah sebuah Coupe. Satu lagi perkara menarik ialah bagaimana bingkai pintu belakang yang hampir tersorok lagak sebuah kereta dua pintu.

Bahagian dalam kereta ini pula sama seperti KAI CONCEPT. Tampil bersahaja dan ringkas serta lari dari kebiasaan dengan tablet di tengah-tengah papan pemuka.

Dari segi enjin, Mazda tidak mendedahkan apa-apa maklumat kecuali bercerita tentang rekaan dan visinya.

Mazda VISION COUPE
Mazda VISION COUPE

Selari dengan visi jangka masa panjang Sustainable Zoom-Zoom 2030, Mazda mahu menggunakan asas tarikan sesebuah kereta iaitu keseronokan pemanduan bagi memberi inspirasi kepada manusia, menambah nilai masyarakat dan membantu bagi membawa dunia yang indah.

Dengan menawarkan pengalaman pemilikan yang meraikan pemanduan, Mazda berharap untuk memperkaya kehidupan dan membina hubungan yang kuat dengan pelanggan mereka.

Falsafah yang sarat dengan sastera dan berseni untuk difahami. Apa pun, tidak kisah lah prinsip dan visi apa yang dipegang Mazda, terima kasih diucapkan untuk kereta-kereta yang cantik di dunia pada hari ini.

Terima kasih juga kerana mengisi ruang yang lama telah ditinggalkan Alfa Romeo.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Mazda VISION COUPE
Mazda VISION COUPE

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…