Mazda MX-5 kembali ke Hiroshima selepas setahun mengembara

oleh Careta.my|
Mazda-MX-5
Mazda-MX-5
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mazda MX-5 telah mencapai produksi yang kesejuta tahun lalu. Memandangkan MX-5 berada dalam segmen kecil (niche), maka jumlah itu sebenarnya adalah pencapaian yang sangat hebat. Jadi, apa yang Mazda lakukan bagi meraikannya? Model legenda itu dibawa ke serata dunia untuk mengucapkan terima kasih dan sepanjang setahun perjalanan, MX-5 telah dipertontonkan di 35 buah acara di Jepun, UK, Sepanyol, Jerman, Belgium, AS, Kanada, Australia, New Zealand dan pelbagai lagi lokasi. Di UK, Mazda MX-5 dipamerkan di Goodwood Festival of Speed 2016 dan diletakkan sebelah menyebelah dengan Mazda MX-5 RF baharu. Lebih manis, di atas badan MX-5 tersebut terdapat lebih dari sepuluh ribu tandatangan peminat yang dikumpul semasa program jelajah itu. Mazda MX-5 telah mencapai produksi yang kesejuta 2017.08 Selepas setahun, Mazda MX-5 yang kesejuta itu kembali ke ibu pejabat Mazda di Hiroshima, Jepun pada 7 April lepas. "Melihat begitu banyak tandatangan daripada pelbagai peminat berbeza negara menunjukkan bahawa MX-5 mempunyai sokongan tersendiri selama ini," kata Pengurus Program dan Ketua Pereka MX-5 generasi keempat. "Terima kasih kepada peminat MX-5 dan kami akan terus memberikan yang terbaik untuk kereta ini yang merupakan simbol kepada dedikasi Mazda dalam memberikan pemanduan menyeronokkan, seterusnya kami mensasarkan untuk mengeluarkan kereta yang kedua juta unit pula." Mazda MX-5 kesejuta akan turut digunakan dalam perarakan Pesta Bunga Hiroshima pada 3 Mei dan akan dipamerkan di lobi ibu pejabat Mazda di Hiroshima dari 8 hingga 12 Mei 2017. Penulis: Muhammad Md Tajudin