MAZDA LANCAR CAWANGAN KE-85 DI JELUTONG, GEORGETOWN

oleh Arahman Crew|
Bermaz Motor hari ini membuka cawangan dan pusat 3S terkini Mazda di Jelutong, Georgetown – Pulau Pinang. Terletak di lokasi strategik di salah satu jalan utama di Pulau Pinang, outlet ini menawarkan akses yang mudah kepada pelangan dari kedua-dua kawasan Pulau Pinang (tanah besar dan pulau). Pelaburan Bermaz ke atas pusat 3S baharu ini membuktikan komitmennya untuk terus mengukuhkan kehadiran jenama Mazda di Pulau Pinang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dengan kawasan binaan mencecah 24,138 kaki persegi dan ruang tanah seluas 39,992 kaki persegi, Pusat 3S Mazda Jelutong merupakan salah satu cawangan terbesar Mazda di Malaysia.


Lengkap dengan identiti visual global Mazda yang terkini, cawangan terbaharu ini mampu menyediakan kapasiti lebih besar dari segi jualan dan perkhidmatan selepas jualan, demi memberi khidmat kepada jumlah pelanggan yang kian meningkat di Pulau Pinang.

Bilik pameran Mazda Jelutong mempunyai kapasiti ruang untuk menempatkan 14 buah kenderaan. Pusat 3S ini dilengkapi dengan tujuh ruang servis yang mampu menyelenggara sehingga 500 buah kenderaan sebulan, selain menyediakan servis dan kerja-kerja pembaikan biasa. Semua juruteknik Bermaz adalah bertauliah dan terlatih untuk memberikan perkhidmatan yang profesional kepada pelanggan.

Cawangan baharu ini merupakan penyelesaian sehenti untuk jualan, penukaran kereta, pembiayaan dan khidmat selepas jualan demi memberikan kemudahan serta servis lebih lebih baik kepada pelanggan. Daripada pembelian hinggalah pemilikan, 28 orang kakitangan di Mazda Jelutong komited untuk menawarkan program Pemilikan Mazda yang Menyenangkan (Mazda Peaceful Ownership Program) buat para pelanggan.


Pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan Unit Servis Bergerak Mazda – menawarkan pemilik dengan servis dan penyelenggaraan kereta di rumah tanpa sebarang kos tambahan.


Pusat 3S Mazda Jelutong merupakan penambahan terbaharu dalam rangkaian Mazda yang ekstensif. Ia menjadi pusat 3S yang ke-34 dan cawangan Mazda yang ke-85 di seluruh negara. Pusat 3S ini terletak di 180 Jalan Jelutong, 11600, Georgetown, Pulau Pinang. Dibuka 7 hari seminggu.

Bilik Pameran
Isnin hingga Sabtu – 9:00 AM hingga 7:00 PM
Ahad/Cuti Umum – 10:00 AM hingga 5:00 PM

Tel – 04 2828 666

Servis Selepas Jualan
Isnin hingga Jumaat – 8:00 AM hingga 5:00 PM
Sabtu – 8:00 AM hingga 12:00 PM

Tel – 04 2826 893

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…