Menerusi hantaran di laman mikroblog Twitter, Mazda USA berkongsi satu video berdurasi 15 saat yang memaparkan aksi pemanduan SUV tersebut di tengah-tengah laluan hutan hujan yang lembap.
Malah, boleh juga dilihat SUV tersebut membawa muatan kayak pada atas bumbung.
There is always a new terrain. The journey begins 11/15. pic.twitter.com/YV3sRDPN2K
— mazdacanada (@mazdacanada) November 8, 2021
Seperti yang didedahkan sebelum ini, Mazda CX-50 tidak bertujuan untuk menggantikan model CX-5 sedia ada, sebaliknya ia disifatkan sebagai pelengkap kepada model tersebut, sama seperti peranan CX-30 kepada model CX-3.
Selain daripada CX-50, Mazda juga turut mengumumkan kehadiran beberapa buah model baharu, merangkumi model CX-60 (dua baris tempat duduk) dan CX-80 (tiga baris tempat duduk) untuk pasaran Eropah dan Jepun.
Pasaran Amerika Syarikat juga bakal mendapat dua lagi SUV baharu, iaitu CX-70 dengan dua baris tempat duduk, dan CX-90 dengan tiga baris tempat duduk.