Mazda CX-9 hasilkan 420Nm tetapi cuma guna 8.98L/100km!

oleh HEZERI SAMSURI|

Mazda CX-9 sebenarnya bukan satu model yang mempunyai sejarah yang panjang.

Cuma wujud di muka bumi ini pada tahun 2006, generasi pertama Mazda CX-9 terkenal kerana dalam mana SUV tujuh tempat duduk semuanya berbentuk secanggih peti sejuk satu pintu, CX-9 tampil dengan gaya sporty namun kekal praktikal.

Ketika itu, Mazda masih bersama dengan rakan teknikalnya, Ford dan kerana itu platform CX-9 sebenarnya ialah dari platform CD3 milik Ford.

Enjin asalnya ialah enjin 3.5L V6 dari Ford dan kemudian ditukar kepada enjin 3.7L V6 yang lebih bertenaga. Sayangnya, ia juga pelahap dan poket kami sentiasa kebocoran bila terpaksa memandu uji CX-9 lama.

Ia juga tidak begitu Zoom-Zoom seperti model Mazda yang lain. Dalam erti kata yang lain, cuma ada dua jenis pembeli CX-9 lama:

- Kereta syarikat dan dipaksa memandunya
- Ada stesen minyak di belakang dapur rumah mereka

Namun begitu, Mazda ialah sebuah syarikat yang innovatif dan berjiwa besar.  Walaupun ia kecil, ia mengambil keputusan berani untuk tidak lagi bersekongkol dengan Ford dalam apa jua jenis hubungan (terutama selepas Ford menjual semua saham mereka di dalam Mazda dalam tahun 2015).

     

    Dan antara keputusan bijak yang dilakukan oleh Mazda ialah dengan menghasilkan platform baharu dan teknologi-teknologi automotif terkini.

    Teknologi enjin Skyactiv contohnya sangat baik sehingga menarik perhatian Toyota dan bulan Mei 2015, Toyota dan Mazda membuat perjanjian di mana Mazda akan memberikan teknologi enjin Skyactiv kepada Toyota sementara Toyota akan memberikan teknologi hydrogen fuel-cell kepada Mazda.

       

      Berbalik kepada Malaysia pula, Mazda yang berada di bawah naungan Bermaz Motor, anak syarikat Bermaz Auto (dahulunya Berjaya Auto Berhad) telah melancarkan model SUV tujuh tempat duduk, CX-9 edisi Malaysia.

      Sebelum ini Bermaz sebenarnya telah membawa masuk CX-9 dengan spesifikasi Australia. 

      Tidak puas hati dengan kekurangan model untuk pasaran Australia itu, Bermaz berjaya memujuk Mazda yang berpangkalan di Hiroshima itu untuk menyediakan CX-9 dengan spesifikasi khusus untuk Malaysia.

         

        CX-9 Malaysia ini mempunyai kelengkapan dan peralatan yang berbeza serta harga yang lebih rendah.

        Enjin kekal sama, enjin petrol 2.5L Skyactiv-G turbo dengan 228 hp dan 420 Nm, digabungkan dengan transmisi automatik Skyactiv Drive 6-kelajuan.

           

          CX-9 spek Malaya itu datang dengan DRL LED, cermin sisi boleh lipat dan sistem keselamatan dan bantuan pemanduan i-ActivSense yang mengandungi:

          • Smart City Brake Support (SCBS)
          • Blind Spot Monitoring (BSM)
          • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
          • Lane Departure Warning System (LDWS)
          • Lane-Keep Assist System (LASS)
          • Driver Attention Alert (DAA)

           

             

            Untuk yang meminati muzik, CX-9 datang lengkap dengan sistem infotainmet MZD Connect dengan skrin sesentuh 8-inci serta 12 pembesar suara untuk sistem audio Bose.

            Bagi mereka yang suka mengilatkan tayar, CX-9 diberikan tayar bersaiz 225/50 untuk melengkapkan roda aloi bersaiz 20 inci itu.

               

              Mazda CX-9 diimport terus dari Jepun dan mempunyai dua varian.

              Harga atas jalan termasuk insurans ialah:

              • Mazda CX-9 2WD - RM289,571.46
              • Mazda CX-9 4WD - RM305,912.42

               

              Add new comment

              Berita Berkenaan

              Berita Global
                Enjin 2.5L turbo itu diperkenalkan pada model SUV mewah CX-9 yang baharu dilancarkan semalam…
              Berita Global
              Objek yang dimaksudkan ialah VISION COUPE yang mewakili visi gayaan model baharu Mazda. Dengan…
              Berita Global
              Senang kata, saiz yang kecil bukanlah penghalang malah ia digunakan sebagai satu kelebihan.…