Mazda CX-3 baharu bakal tampilkan platform serba baharu, enjin Skyactiv-X

oleh Mohamad Hanif|
Mazda baharu sahaja melancarkan model facelift bagi Mazda CX-3 beberapa bulan yang lalu dan berdasarkan info yang didedahkan oleh syarikat pengeluar daripada Jepun itu, mereka kini merancang untuk membuat pembaharuan pada model crossover segmen B itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Masih menggunapakai platform Skyactiv, namun platform terbaharu Skyactiv II membolehkan crossover tersebut direka dengan dimensi yang lebih panjang, besar dan lebar dan mencapai dimensi yang hampir serupa dengan Toyota C-HR sepanjang 4343 mm. 
 


Dengan penambahan dimensi tersebut, ruangan dalaman bakal menjadi lebih luas dan selesa, jika dibandingkan dengan model sedia ada yang mempunyai masalah ruang kepala yang agak kecil dan sempit. 

Perubahan kepada platform terbaharu itu turut menyaksikan generasi baharu Mazda CX-3 bakal menggunapakai sistem gantungan belakang jenis torsion beam berbanding sistem multilink. 

Menurut pengarah unit penyelidikan dan pembangunan Kiyoshi Fujiwara memberitahu, "terdapat pelbagai rungutan daripada (pihak) media memberitahu bunyi bising daripada jalan yang seringkali mengganggu pemanduan mereka, jadi kami membuat keputusan untuk beralih kepada sistem torsion beam yang lebih senyap."
 


Khidmat generasi baharu enjin Skyactiv-X akan ditampilkan pada generasi baharu Mazda CX-3 dengan ciri mampatan campuran udara-bahan api yang sama seperti mekanisme enjin diesel yang mampu menjimatkan penggunaan bahan api sehingga 20-30 peratus. 

Enjin 2.0 liter aspirasi natural itu dikatakan bakal menghasilkan kuasa setinggi 187 kuasa kuda dan 230 Nm kuasa tork. 

Enjin dari keluarga Skyactiv-X itu bakal digunakan buat kali pertama pada Mazda CX-3 dengan pengenalan pertama bakal dibuat oleh Mazda menjelang Los Angeles Auto Show November ini. 
 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Selain daripada jenama automotif Jepun, mereka yang mahukan kelainan boleh mendapatkan SUV jenama…
Model Terbaharu
Varian 1.5L Plus dan 2.0L Plus baharu kini telah dipertingkatkan dengan penambahbaikan…
Berita Global
Tiada perubahan besar di mana Mazda menghadirkan sistem infotainment baharu dengan skrin bersaiz 8.…