MAZDA CX-3 2018 BAHARU : DITALA SEMULA DAN KINI LEBIH BAIK

oleh Arahman Crew|
Bermaz Motor hari ini melancarkan Mazda CX-3 2018 baharu yang telah dipertingkatkan. Mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2015, crossover gaya hidup Mazda yang memenangi anugerah ini telah ditambah baik; ditala semula dan lebih halus buatannya agar semakin elegan, selain dapat menawarkan prestasi pemanduan yang mantap dan efisien.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sejak melakukan debut pertamanya, Mazda CX-3 telah memenangi banyak anugerah termasuklah 2015 Red Dot Design Awards, IIHS Top Safety Pick+ untuk tahun 2016 dan 2017, Finalis 2016 World Car Design of the Year, 2016 CarSifu Best SUV (Crossover Compact), 2016 ASEAN Crossover Car of the Year, 2017 DSF.my/Allianz Vehicle Design of the Year serta terbaharu, 2018 Cars of Malaysia Top Crossovers.

Mazda CX-3 2018 tampil lebih segar dengan perubahan luaran yang tidak terlalu ketara, tetapi tahap kualiti dan elegannya dipertingkatkan. Ini merangkumi gril hadapan rekaan baru dengan kemasan krom, lampu belakang yang telah direka semua dan rim baharu.

Dari segi dalaman pula, Mazda CX-3 menerima papan pemuka yang dinaiktaraf, kemasan berwarna merah pada bilah corong pendingin hawa dan paling ketara ialah penggunaan brek parkir elektronik. Seterusnya mengetengahkan rekaan konsol tengah yang baru, perehat tangan dan ruang penyimpanan barang lebih luas. Penambahbaikan lain merangkumi tempat duduk hadapan yang direka semula untuk memberi sokongan dan keselesaan lebih baik. Manakala perehat tangan pada tempat duduk belakang kini dilengkapi ruang meletak botol minuman.

 

Aspek NVH Mazda CX-3 2018 telah ditambah baik menerusi penggunaan panel pintu, kaca luaran dan kedap pintu yang lebih tebal. Ini sekali gus mampu menawarkan kabin yang lebih senyap dan menenangkan. Dari segi peningkatan dinamik kenderaan pula, sistem suspensi telah ditala semula untuk pemanduan lebih lancar. Manakala stereng kuasa dan chasis dikaliberasi untuk memberikan pengalaman pemanduan Jinba Ittai yang menyeronokkan.

Mazda CX-3 2018 dikuasakan oleh enjin SKYACTIV-G 2.0L yang dipadankan dengan transmisi automatik SKYACTIV-DRIVE enam kelajuan bersama ciri penukaran gear secara manual, mode sport dan teknologi G-Vectoring Control (GVC) Mazda. Antara ciri keselamatan dinamik i-ACTIVSENSE Mazda ialah Blind Spot Monitoring (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

BSM membantu mengesan dan memberi amaran kepada pemandu tentang kehadiran kenderaan di kawasan titik buta dengan memaparkan ikon pada cermin sisi berkaitan. Sekiranya pemandu pemandu ingin menukar haluan dan terdapat kenderaan dalam titik buta tersebut, ikon itu akan menyala dan amaran bunyi beep dikeluarkan. RCTA pula berfungsi memberi amaran kepada pemandu apabila ia mengesan ada kenderaan mendekati dari kedua-dua arah ketika hendak mengundur.

Mazda CX-3 2018 ditawarkan dalam 6 pilihan warna: Soul Red Crystal, Ceramic Metallic, Machine Grey, Deep Crystal Blue, Jet Black Mica dan Snowflake White Pearl.

Harga jualan ialah RM121,134.00 (OTR tidak termasuk insurans).

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…