Mazda bakal cabar CR-V dengan CX-8!

oleh Careta.my|
cx8a
cx8a
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nampaknya SUV saiz sederhana dengan tujuh tempat duduk semakin menjadi kegilaan. Bermula dengan Toyota Rush, kemudian Nissan X-Trail, Land Rover Discovery Sport, Honda BR-V dan kemudian Honda CR-V serba baharu di Thailand, semuanya menawarkan praktikaliti ruang tempat barang yang menyembunyikan sebaris kerusi untuk kanak-kanak. Syarikat dari Hiroshima nampaknya tidak mampu untuk berdiam diri dan semalam ia mengumumkan akan tampil dengan sebuah barisan model baharu - Mazda CX-8. Dengan saiz yang jauh lebih besar dari Mazda CX-5, ia lebih kurang sama saiz dengan Honda CR-V terbaharu yang akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat ini. Buat masa sekarang, Mazda hanya akan menjual CX-8 ini untuk pasaran domestik mereka di Jepun sahaja. Ini bermakna selepas setahun (atau kurang) dari tarikh yang dilancarkan di sana nanti, unit-unit import dipulih-semula (reconditioned) pasti akan muncul di Malaysia dengan harga yang hanya mampu menarik perhatian mereka yang terlebih wang. CX-8 diberitakan akan dilengkapi dengan enin 2.2-liter turbodiesel dan enjin-enjin lazim seperti 2.5-liter petrol dan 2.5-liter turbo petrol. Sesuatu yang menarik ialah Mazda berkata tempat duduk barisan ketiga untuk CX_8 ini mampu digunakan oleh orang dewasa dalam keadaan yang selesa. Hmmm… kami akan tunggu pelancarannya kelak, jika ia hadir di Malaysia.