Maxxis buka kilang RM1.5 billion di India

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Maxxis Rubber India (MRI), anak syarikat jenama tayar Taiwan, Maxxis Group telah membuka sebuah kilang pengeluaran tayar di Sanand, Gujerat.

Kilang itu menelan pelaburan bernilai lebih dari RM1.5 billion dan terletak di atas kawasan seluas 106 ekar.

Buat masa ini ia lebih menumpukan kepada pengeluaran produk tayar dan tiub untuk motosikal.

Sebanyak 20,000 unit tayar dan 40,000 unit tiub mampu dihasilkan oleh kilang itu dalam sehari. 

Maxxis meletakkan sasaran sebanyak 15 peratus pegangan pasaran tayar di India dalam masa lima tahun akan datang.

Menurut Presiden Maxxis, Cheng-Yao Liao, pihak syarikat menyokong inisiatif Make In India oleh kerajaan negara India. Malah Cheng-Yao mahu menjadikan kilang MRI di sana sebagai kilang Make In India untuk pasaran global.

 

 

Buat masa sekarang, Maxxis ialah pembekal tayar kepada Honda (motosikal), Maruti Suzuki, Mahindra, Tata dan Jeep di India.

Maxxis berhasrat untuk mengeksport produk tayar mereka dari kilang di India ke pasran Asia Selatan, dan kemudian ke Afrika dan Timur Tengah.

Maxxis adalah anak syarikat milik penuh Cheng Shin Rubber Industry yang ditubuhkan dalam tahun 1967 di Yuanlin, Taiwan.

Maxxis ialah pembuat tayar kenderaan dua-roda terbesar di dunia dan adalah jenama tayar yang kesembilan terbesar di dunia.

Maxxis juga sudah bertapak lama di Malaysia dengan produk untuk kenderaan empat roda dan dua roda, termasuk basikal dan ATV.

Malaysia tidak lagi mempunyai syarikat tayar milik sendiri yang besar. Yang terakhir, Silverstone, telah dijual kepada Toyo Tires. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
RFC 2017 telah diadakan di Pahang dari 23 Nov hingga 4 Dis 2017 dengan peserta dari lebih 36 negara…