Maxi-Cosi AxissFix Air: Kerusi kanak-kanak dengan ciri beg udara terbina dalam

oleh Mohamad Hanif|
Pasasran kerusi kanak-kanak semakin meluas dengan penawaran ciri yang pelbagai untuk keperluan pelanggan. Maxi-Cosi merupakan antara syarikat pengeluar kerusi kanak-kanak terawal di Eropah sekitar tahun 1980-an.

Kini, syarikat tersebut hadir dengan produk yang pertama seumpamanya di pasaran, iaitu kerusi kanak-kanak dengan beg udara terbina dalam, Maxi-Cosi AxissFix Air.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menggunakan teknologi yang sama digunakan oleh Ford dan Mercedes Benz, Maxi-Cosi mengintegrasikan beg udara ke dalam pad bahu pada kerusi kanak-kanak. 

 



AxissFix Air menggunakan sensor yang diletakkan pada penyambung cagak ISOFIX sebagai pengesan gegaran akibat kemalangan.

Apabila sistem mengesan kemalangan tersebut berlaku, ia akan menghantar isyarat kepada penerima di dalam kerusi tersebut dan beg udara akan menggelembung dalam masa beberapa milisaat sahaja. 

Penggunaan beg udara ini bertujuan mengurangkan pergerakan ke hadapan yang berlebihan akibat pelanggaran berkelajuan tinggi yang mampu mencederakan kepala dan leher kanak-kanak. 


 

Maxi-Cosi AxissFix Air kini dijual pada harga permulaan di bawah $800 (RM3119) sahaja. 

Harga yang ditawarkan mungkin sedikit mahal, namun ia adalah pelaburan yang berbaloi untuk keselamatan, masa depan dan nyawa anak anda. 

 

Sumber: Maxi-Cosi melalui Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata kempen keselamatan…