Masih ingat lagi tentang TVR? Syarikat ini bakal kembali dengan model baharu pada September depan

oleh Muhammad Md Tajudin|
Masih ingat lagi tentang TVR? Syarikat ini bakal kembali dengan model baharu pada September depan
Ilustrasi TVR baharu oleh Autocar
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Masih ada yang mengingati tentang TVR? Pengeluar kereta sport dari United Kingdom (UK) itu pernah mempunyai secebis sejarah di negara kita. 

Lewat 90 an dahulu TVR pernah memasang model Chimaera di Klang, Selangor sebelum ia menutup operasi pada awal 2000 di Malaysia. Tahun 2004 bermula episod terumbang-ambing syarikat itu dengan pemecahan syarikat dan bertukar-tukar pemilik.

Sehinggalah pada 2015, TVR yang kini di bawah penguasaan usahawan British (sejak 2013) mengumumkan mereka akan mengeluarkan model baharu dengan kerjasama konsultan pereka Gordon Murray dan pembuat enjin Cosworth.

Masih ingat lagi tentang TVR? Syarikat ini bakal kembali dengan model baharu pada September depan

TVR terus melangkah apabila ia bakal mempunyai kilang baharu yang terletak di Ebbw Vale Enterprise Zone, South Wales. Lebih menarik, TVR sebenarnya turut mendapat pelaburan dari kerajaan Wales yang boleh dilihat sebagai indikator keyakinan terhadap jenama yang diasaskan pada tahun 1947 itu.

Berbalik kepada pengumuman model baharu yang dibuat pada tahun 2015, projek tersebut sudah menghampiri kemuncaknya apabila ia bakal dipertontonkan pada umum sempena acara Goodwood Revival dari 8 hingga 10 September depan.

Malah pada Mac tahun lepas lagi TVR telah berjaya mengumpul deposit untuk 350 unit kereta. Hebat bukan?

Berikut ialah ciri-ciri utama model baharu TVR: 

  • Menggunakan enjin 5 liter V8 Cosworth
  • Tampil dengan nisbah kuasa kepada berat yang paling tinggi dalam segmennya
  • Kuasa setinggi 400 bhp / tan. 
  • Sebagai perbandingan Porsche 911 Turbo S (364 bhp/tan), Aston Martin Vantage GT8 (293/tan), Jaguar F-Type SVR Coupe (339 bhp/tan) dan Maserati Granturismo MC Stradale (257 bhp/tan)
  • Berat hanya 1200kg
  • Menggunakan kaedah pembuatan gentian kaca iStream® oleh Gordon Murray Design
  • Rekabentuk casis dan badan direka oleh Gordon Murray Design
  • Paling kompak dalam segmen - 4300mm panjang (199mm kurang dari Porsche 911) dan tinggi 1271mm tall (kurang 43mm dari Jaguar F-Type)

 

Masih ingat lagi tentang TVR? Syarikat ini bakal kembali dengan model baharu pada September depan

 

Serentak dengan acara Goodwood Revival nanti, TVR akan turut meraikan ulangtahun penubuhan ke-70 dengan mempamerkan model-model ikonik syarikat. Dan sempena pelancaran model baharu, TVR akan mengeluarkan 500 Launch Edition yang nampaknya bakal menjadi item pengumpul dan pemburu barangan berharga.

Penulis: Muhammad Md Tajudin 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Setelah lama menyepi dan melalui pelbagai episod kurang manis termasuk penutupan operasi di negara…