Maserati MC20 Notte Edition 2024 - 50 unit sahaja, serba-serbi gelap!

oleh Mohamad Hanif|
Maserati baharu sahaja melancarkan sebuah model edisi khas pertama dengan penampilan yang serba gelap - MC20 Notte Edition.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan angka produksi dihadkan sebanyak 50 unit untuk satu dunia, Maserati MC20 Notte Edition ini tidak membawakan sebarang perubahan terhadap aspek mekanikal.
 

nettuno


Ini bermakna, enjin Nettuno bentangan V6 3.0 liter turbo berkembar itu masih lagi sihat menghasilkan 621 hp dan 730 Nm, memacu roda belakang menerusi transmisi automatik lapan kelajuan.

Pecutan 0-100 km/j memakan masa 2.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 325 km/j.
 

netto


Istimewa untuk model Notte Edition ini ialah layangan cat warna kusam yang dinamakan sebagai nero essenza, rim hitam kusam dengan aksen putih dan emas bersaiz 20 inci, angkup brek berwarna hitam, serta logo dan emblem berwarna putih emas.

Untuk ruang kabin pula, boleh dikatakan tiada perubahan yang ketara dibuat melainkan sebuah plet logam dengan ukiran perkataan 'UNA DI 50' di antara dua tempat duduk.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Wartawan Polis Daerah Montgomery, pemandu itu didakwa memandu pada kadar…
Berita Global
Empat buah kereta yang dimaksudkan itu termasuklah Toyota GR Corolla MORIZO Edition 2022, Toyota…
Pelancaran
Dengan kehadiran model Maserati MC20 (MC - Maserati Corse, 20 - 2020, tahun pelancaran model ini…