Masalah US - kenderaan besar, parkir kecil

oleh HEZERI SAMSURI|
Umum mengetahui walaupun mengalami krisis kenaikan harga bahan api, masih ramai rakyat Amerika Syarikat (US) yang gemar dan setia dengan kenderaan besar.

Antaranya ialah trak pikap Ford F150, kenderaan paling laris di US dan Cadillac Escalade, SUV dengan saiz 17 kaki panjang dan hampir 7 kaki lebar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Masalah yang kini melanda ialah hampir kesemua lot parkir di US ialah untuk kenderaan saiz biasa. Saiznya ialah antara 7 hingga 8 kaki lebar dan 18 kaki panjang.

Kebanyakan bangunan parkir dibina dalam tahun 70-an dan 80-an, di mana kenderaan kompak di zaman itu mengalami lonjakan jualan.

 

 

Mungkin lot itu cukup besar untuk kenderaan-kenderaan besar tetapi ruang untuk bukaan pintu sangat sempit.

Ini menyebabkan kejadian kereta kemik terkena bucu pintu semakin kerap terjadi.

Keadaan semakin teruk apabila Ford Motor Company telah menyatakan perancangan mereka untuk menghentikan penjualan model-model mereka yang kurang laris. 

Ford mengunjurkan 90 peratus dari jualan kenderaan mereka di US menjelang 2020 akan datang dari SUV dan trak pikap.

 

 

Masalah ini turut dirasai oleh mereka yang memandu kenderaan kompak kerana terpaksa menunggu lama untuk sebuah kenderaan besar selesai parkir.

Sebenarnya, fenomena saiz kenderaan semakin besar ialah satu isu global. Contohnya ialah Honda Civic terkini adalah sama saiz dengan Honda Accord empat generasi lalu.

Begitu juga dengan saiz trak pikap yang semakin hari semakin lebar dan semakin panjang.

Kita juga menyaksikan kehadiran MPV-MPV besar seperti Kia Grand Carnival yang sebenarnya direka untuk pasaran US.

Ada bangunan-bangunan di Malaysia yang dibina untuk memaksimumkan ruang lot parkir. Hasilnya, ruang selekoh dan pusingan terlalu sempit dan tidak praktikal. 

Begitu juga dengan lot motosikal di mana banyak direka untuk motosikal kecil dan tidak sesuai untuk motosikal dengan enjin 250cc ke atas. 

 

 

Malang sekali kerana masih banyak bangunan yang menyediakan 1,000 lot parkir kenderaan empat roda dan 50 lot parkir motosikal. Ada yang meletakkan lot parkir motosikal di kawasan memunggah.

Paling hebat ialah Putrajaya di mana ia direka untuk menjadi bandar yang mengutamakan pengangkutan awam. 

Malang sekali, sifat kesian menjadikan Putrajaya sekarang sebagai satu kawasan yang buruk kerana dicemari oleh kenderaan yang diparkir merata.

Banyak juga lantai dan tebing pejalan kaki rosak teruk akibat "kebaikan hati" membenarkan kenderaan parkir di mana-mana.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Berita Domestik
Menurutnya, kejadian dilaporkan jam 4.10 petang sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…