Masalah tali pinggang keledar tercabut sendiri dikesan pada kereta SEAT, VW

oleh Muhamad Hanif|
Para penumpang yang menaiki kereta SEAT Arona, SEAT Ibiza dan VW Polo, kereta anda berkemungkinan besar mempunyai masalah tali pinggang keledar tercabut dengan sendiri.
Merdeka Bonanza

Isu ini diketengahkan oleh sebuah majalah automotif dari Finland, Tekniikan Maailma apabila mereka mendapati kecenderungan tali pinggang keledar penumpang di bahagian kiri belakang mudah tercabut apabila kereta tersebut membawa muatan seramai lima orang pada satu-satu masa. 
 


Tekniikan Maailma menjelaskan kejadian tersebut adalah disebabkan oleh kedudukan soket tali pinggang keledar sebelah kiri yang diletakkan berhampiran dengan soket tengah. 

Ketika kereta menukar haluan di dalam kelajuan yang tinggi, soket tengah cenderung untuk menekan butang soket bagi penumpang sebelah kiri dan menyebabkan tali pinggang penumpang itu tercabut dengan sendirinya. 

Walaubagaimanapun, pihak majalah itu tidak menjumpai masalah yang serupa pada VW T-Roc walaupun SUV itu mempunyai susunan tali pinggang keledar belakang yang serupa seperti VW Polo, akan tetapi dibuat oleh pengeluar yang berbeza. 
 


Sebagai merumuskan penemuan mereka, Tekniikan Maailma menjelaskan sebab utama yang mengakibatkan kejadian tali pinggang tertanggal dengan sendiri ini berpunca daripada konfigurasi susunan soket di bahagian belakang serta suis soket yang dihasilkan oleh Takata yang terlalu sensitif pada pergerakan. 

Menurut pengarah komunikasi SEAT Christian Stein, beliau sudah dimaklumkan akan penemuan tersebut dan sedang bekerja keras bagi mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah ini. 

Pihak Volkswagen juga turut dilaporkan sedang menyiasat isu yang serupa. 

Sumber: AutoExpress UK
 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
  SEAT yang merupakan pengeluar kereta dari Sepanyol dan subsidiari Kumpulan Volkswagen turut…
Berita Global
  SEAT yang merupakan pengeluar kereta dari Sepanyol meneliti perkara ini dengan mendalam dan…
Berita Global
  1. Menggunakan penyaman udara secara maksimum selepas memasuki kereta Tabiat ini biasa…