Walaupun Maruti Suzuki sudah memulakan ujian-ujian EV di India dan juga mengumumkan kerjasama pembuatan bateri dengan Toshiba dan Denso di Gujarat serta pelaburan sebanyak US$1.3 bilion untuk pembuatan EV dan bateri secara tempatan, syarikat itu tidak berapa yakin jumlah yang dijangka oleh kerajaan mampu tercapai kerana halangan-halangan yang wujud sekarang.
Menurut Bakar Sadik Agwan, Perunding Analisa Kanan bahagian Automotif untuk GlobalData, cabaran pasaran di India termasuklah masalah makroekonomi, peningkatan kos pemasangan, kekurangan bekalan semikonduktor dan bahan lithium serta kekurangan infrastruktur pengecaj awam yang bakal membendung peningkatan penggunaan EV di kalangan pengguna di sana.
India sudah memperkenalkan kenderaan EV bateri khusus untuk jualan awam sejak empat tahun lalu tetapi jumlah jualan masih terlalu rendah kerana harga yang terlalu mahal.
* Berita asal dari GlobalData