Marquez sambung kontrak dua tahun lagi bersama Repsol Honda!

oleh Afandi Che Muhamad|
Juara dunia empat kali MotoGP, Marc Marquez hari ini melanjutkan kontraknya dengan pasukan perlumbaan Repsol Honda selama dua tahun lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Reuters dan Mykhel, Honda Racing Corporation bersetuju untuk mengikat kontrak dengan pelumba berusia 25 tahun itu sehingga tahun 2020 depan.

Merenung kembali sejarah Marquez bersama pasukan berkenaan, pelumba kelahiran Sepanyol itu mula menyertai HRC pada tahun 2013.

Sejak bersama HRC, Marquez (gambar) terus melakar sejarah tersendiri dengan menjadi juara pada tahun 2013, 2014, 2016 dan 2017.

Bukan itu sahaja, pelumba yang baru sahaja meraikan hari jadi 17 Februari lalu itu juga sudah 63 kali naik ke atas podium.

Masing-masing 35 kali untuk tempat pertama, 19 kali untuk tempat kedua dan sembilan kali untuk tempat ketiga.

Memetik satu kenyataan di laman twitter, Marquez menzahirkan keterujaannya untuk terus berlumba dengan pasukan pengeluar Honda dalam kelas MotoGP.

"Dua sesi ujian yang pertama telah berjalan lancar, dan apabila kontrak saya telah diperbaharui, saya dapat memberi fokus kepada perlumbaan dalam musim baru nanti," katanya.

Sementara itu, Presiden HRC, Yoshishige Nomura (gambar) pula berkata, Marquez telah berusaha keras secara konsisten untuk sampai ke tahapnya sekarang dan dia telah menganugerahkan banyak kemenangan untuk pasukan kami.

"Kami dapat mengumumkan pembaharuan kontrak ini secara cepat kerana kepercayaan dan semangat bersama dalam perlumbaan,” ujarnya lagi.

Di kesempatan ini, Careta ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Marquez dalam kariernya sebagai pelumba motosikal profesional.

Berita Berkenaan

MotorGP
Ini adalah ekoran pembatalan keputusan Lorenzo Dalla Porta yang menduduki tangga ke-11 setelah…
Berita Global
Adam yang sudah lima tahun berhari raya di perantauan berkata perasaan sedih masih ada dan beliau…
Berita Domestik
Ikuti temubual bersama Duta Rasmi GAZOO Racing yang turut serta berlumba dan berjaya memenangi…