Manipulasi harga oleh Lexus, Toyota didenda RM51.7 juta di China

oleh Mohamad Hanif|
Beralih kepada pasaran automotif terbesar di dunia, pihak penguatkuasa China telah mendenda Toyota Motor Corp sebanyak 87.6 juta yuan (RM51.7 juta) kerana melakukan penetapan harga pada jenama premiumnya Lexus.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Keputusan itu muncul ketika China telah memperketatkan peraturan tentang penjualan kenderaan di pasaran yang telah menjual lebih daripada 28 juta unit kenderaan pada tahun lalu. 

Menurut undang-undang anti-monopoli, pengeluar daripada Jepun itu dikatakan telah menetapkan jualan minimum dan harga jualan semula kenderaan premiumnya di Wilayah Jiangsu pada tempoh 2015-2018, dan dikatakan ia merampas autonomi penetapan harga di antara pengedar dan merosakkan hak pelanggan. 

Selain daripada itu, Lexus juga turut menetapkan strategi jualannya dalam tempoh tersebut, termasuklah menawarkan diskaun kepada para pelanggan dan dalam masa yang sama meminta mereka untuk membeli aksesori pada harga yang tetap.

Ini merupakan satu taktik jualan yang biasa digunakan oleh jurujual kenderaan di China. 

Menurut wakil jurucakap Toyota, mereka sedia maklum akan penalti yang dikenakan, namun tidak memberikan sebarang komen lanjut. 

Walaupun pasaran China mengalami penurunan dari segi jualan, namun Lexus tetap mencatatkan peningkatan jualan, di mana lebih daripada 180 ribu kenderaan telah dijual dalam masa 11 bulan pertama tahun ini - kenaikan sebanyak 21% berbanding tahun lalu. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tambahan dua tempat duduk di belakang bermakna bos syarikat boleh membawa lebih ramai pegawai…
Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…