Walaupun pada asalnya Land Rover Defender direka untuk menawan laluan off-road, kit yang dihasilkan oleh Manhart ini dilihat seakan mahu menjauhkan Defender daripada habitat asal.
Disebabkan tiada keperluan untuk menawan laluan off-road, Manhart telah menala kembali ECU enjin 3.0 liter enam silinder sebaris asal Land Rover Defender P400 AWD supaya mampu menghasilkan kuasa setinggi 512 hp dan 710 Nm.
Secara tidak langsung, kuasa DP 500 kini mampu menyaingi kuasa yang dihamburkan oleh Land Rover Defender 5.0 liter supercharger.
Untuk menjadikan penampilan Defender DP 500 ini lebih jahat, Manhart telah memasang rim bersaiz 24 inci yang dibaluti tayar 295/30, atau pilihan roda aloi yang lebih kecil bersaiz 22 inci dengan tayar 295/40.
Sementara ruang kabin Defender ini turut mendapat sentuhan Manhart seperti pemasangan trim kulit dan Alcantara pada sesetengah tempat, diikuti sepasang tempat duduk Recaro untuk pemandu dan penumpang belakang.