Malaysia rancang benarkan pesalah trafik mengaku bersalah melalui sistem digital sahaja

oleh HEZERI SAMSURI|
Badan kehakiman negara merancang bermula 2021, tertuduh dalam kes kesalahan lalu lintas dibenarkan untuk membuat pengakuan bersalah melalui surat tanpa perlu hadir di mahkamah.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Menurut Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, cadangan itu adalah untuk mengurangkan kesesakan di mahkamah majistret dan meningkatkan akses kepada keadilan dan kecekapan sistem keadilan negara.

Ia juga mengambil kira jumlah kes yang terlalu tinggi dan mengambil masa yang terlalu lama untuk diproses.

Rancangan Badan Kehakiman itu mendigitalkan proses pengakuan bersalah dalam kes lalu lintas dan membenarkan pembayaran denda secara elektronik.

Sistem itu sudah digunapakai oleh beberapa negara seperti Singapura, England dan Australia.

* Laporan lengkap di Bernama

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh iaitu Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran Ji, 24; Nurfatin Irdina…
Berita Domestik
“Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan (perbuatan yang membahayakan nyawa atau…
Berita Domestik
Majistret Nur Faezah Jafry menjatuhkan hukuman itu terhadap Sahid Asik pada Jumaat (17 Mei) dan…