Malaysia negara kedua di dunia terima City Sport Hybrid (RM89,200)

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Honda Malaysia sekali lagi mengharumkan nama negara dengan menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di dunia di luar Jepun yang melancarkan model sulung City Hybrid.

Model City Sport Hybrid i-DCD ini dilancarkan hanya dua bulan selepas pelancaran Honda Jazz Sport Hybrid i-DCD.

Pelancaran City Sport Hybrid i-DCD ini menambahkan lagi varian model City yang sudah pun menjadi model nombor satu dalam segmen B negara.

Dengan harga RM89,200 (tidak termasuk insuran), ia adalah antara pilihan mampu milik untuk teknologi canggih dari Honda dan ia mensasarkan jualan sebanyak 250 unit sebulan.

Honda Malaysia sudahpun memulakan pemasangan City Sport Hybrid i-DCD di kilang pemasangan mereka di Pegoh, Melaka dan ia akan berada di dewan pameran Honda terpilih bermula dari pertengahan Ogos nanti untuk dipandu-uji oleh semua.

 

City Hybrod Careta rear

 

Di bawah ialah spesifikasi dan ciri-ciri pada Honda City Sport Hybrid i-DCD.

  • Tenaga dipacu oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC.
  • Transmisi ialah klac berkembar atau Dual Clutch Transmission (DCT) dengan 7-kelajuan yang disambungkan kepada motor elektrik.
  • Kuasa dari enjin dan motor elektrik ialah sehingga 137 PS dan 170 Nm, sama seperti sebuah kereta dengan enjin 1.8L.
  • Penggunaan bahan api ialah serendah 3.9L/100km (menurut ujian UN R101 yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia).
  • Bateri ialah dari jenis Lithium Ion (Li-ion) dan diberi jaminan selama 8 tahun.
  • Sistem transmisi menggunakan teknologi Shift By Wire dan lengkap dengan Paddle Shift untuk tukaran nisbah gear yang pantas dan lancar.
  • Honda City Sport Hybrid i-DCD mempunyai panel meter 3D Meter Design dengan Multi Information Display yang memaparkan informasi seperti:
    • Aliran Kuasa
    • Meter Sport
    • Penggunaan Bahan Api
    • Informasi Pemanduan
    • Customisation
    • Paparan ECO
  • Kelengkapan lain termasuk skrin 6.8-inci untuk paparan audio, Touch Panel untuk sistem pendingin hawa, lampu DRL jenis LED, lampu belakang LED dan roda aloi 16-inci.
  • Ruang tempat barang atau but kekal seluas 536 liter (sama seperti varian petrol) walaupun unit bateri IPU (Intelligent Power Unit) di letakkan di bawahnya.
City Hybrid Side Careta

 

  • Tangki bahan api dipindahkan ke hadapan (di bawah tempat duduk hadapan), sama seperti Honda Jazz.
  • Dari segi keselamatan, Honda City Sport Hybrid i-DCD didatangkan dengan:
    • Empat beg udara
    • Anti-Lock Braking System (ABS)
    • Vehicle Stability Assist (VSA)
    • Kamera undur
    • Emergency Stop Signal (ESS)
  • Warna ditawarkan ialah:
    • Lunar Silver Metallic
    • Modern Steel Metallic
    • White Orchid Pearl

Waranti ialah 5-tahun tanpa had perbatuan
Sela waktu servis ialah pada setiap 10,000 km dan Honda Malaysia kini mempunyai 91 pusat servis di serata negara.
Nyata, City Hybrid ini sesuai untuk keluarga muda atau eksekutif yang memerlukan sebuah sedan sporti dan menjimatkan bahanapi.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…