Skuter berkuasakan elektrik oleh BMW Motorrad itu memuatkan teknologi-teknologi yang tercanggih berlatarkan rangkaian pemacu yang kompak.
Pacuan elektriknya yang inovatif membekalkan kuasa dan jarak operasi yang cemerlang, membolehkan pengguna menavigasi bandar dan kawasan urban dengan begitu mudah.
Kedudukan unit penstoran tenaga yang rendah menjadikan aspek pengendalian dan dinamisme jentera ini lebih handal, menjamin pengalaman tunggangan yang lancar dan memuaskan.
BMW CE 04 dikuasakan oleh motor elektrik tunggal berkuasa 42 PS dan 62 Nm, dipadankan dengan pek bateri lithium-ion 8.9 kWj dengan jarak gerak sehingga 130 km untuk sekali cas penuh.
Pecutan 0-50 km/j adalah sepantas 2.6 saat sementara kelajuan tertinggi di laluan urban dan lebuh raya dihadkan kepada 120 km/j sahaja.
BMW CE 04 menyokong pengecasan AC 2.3 kW dengan tempoh masa sekitar 4 jam 20 minit untuk mencapai kapasiti penuh, atau sehingga 1 jam 40 minit menggunakan pengecasan pantas 6.9 kW.
Secara ringkas, BMW CE 04 baharu melambangkan kebebasan dan keseronokan urban yang sebenar, tapi dengan cara yang halus.
Untuk saksikan lebih lagi barisan model dari BMW Group Malaysia dan BMW Motorrad Malaysia, sila kunjungi Hall A (premium) MAEPS di pameran Malaysia Autoshow 2023.