Malaysia Autoshow 2023 bakal dimeriahkan dengan pelbagai model kenderaan dari BMW Group Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada pameran Malaysia Autoshow 2023, BMW Group Malaysia bakal mendedahkan pelbagai model kenderaannya dengan bilangan terbanyak semenjak acara BMW World pada tahun 2015.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sempena dengan ulang tahun ke-20nya, BMW Group Malaysia akan mempamerkan pelbagai model kenderaan baharunya di acara Malaysia Autoshow 2023 yang akan mengambil tempat di MAEPS.

Syarikat itu juga bakal mendedahkan sebuah solusi rintis bagi ekosistem kenderaan elektrik di Malaysia yang mengetengahkan aspek Sirkulariti dan Tanggungjawab, menerusi kerjasama dengan pembekal solusi pengecasan yang terkemuka, EV Connection.

Para pengunjung dialu-alukan untuk menyaksikan barisan kenderaan yang bakal dirungkaikan oleh BMW Group Malaysia di Dewan A1 (Premium Hall) dan Dewan D (EV Hall).

 

2

 

Para pengunjung juga boleh menikmati sesi pandu uji eksklusif serta tawaran istimewa yang disediakan hanya di Malaysia Autoshow 2023.

Malaysia Autoshow 2023 akan berlangsung pada 4 hingga 7 Mei, bermula pada 10 pagi hingga 10 malam bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Tiket akan dijual pada harga RM15 untuk warganegara dan RM25 untuk bukan warganegara bagi kemasukan selama sehari, dimana ia boleh dibeli di laman sesawang ticket2u.

Parkir juga percuma di kawasan sekitar MAEPS, untuk maklumat lanjut mengenai Malaysia Autoshow 2023, anda boleh layari laman sesawang Malaysia Autoshow.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…