Malaysia Autoshow 2017-Pertandingan Karting Slalom dibuka kepada orang awam dan kanak-kanak

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Malaysia Automotive Institute atau MAI, sebuah agensi di bawah MITI yang bertanggung-jawab atas kemajuan industri automotif negara bakal mengadakan pameran automotif terbesar negara pada 9 - 12 November ini.

 

Sempena pameran automotif yang bakal berlangsung, buat pertama kalinya di Malaysia, pertandingan Karting Slalom akan diperkenalkan kepada peminat sukan automotif tempatan.

 

 

Lebih menarik lagi, litar karting slalom ini dibuka kepada orang ramai termasuk kanak-kanak yang berusia lapan tahun. Berikut merupakan bayaran yang dikenakan mengikut peringkat umur;

  • 8 hingga 13 tahun- RM10
  • 14 hingga 18 tahun- RM20
  • 18 tahun keatas- RM30

 

“Karting Slalom merupakan satu kategori baharu yang direka oleh Commission Internationale de Karting-Federation Internationale de I'Automobile (CIK-FIA). Selain dibuka kepada orang ramai dengan kos yang rendah, ini juga merupakan platform yang baik untuk golongan muda mengasah bakat dalam sukan permotoran” kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) Datuk Mohamad Madani Sahari.

 

 

Perlumbaan Karting Slalom adalah yang pertama diadakan di Malaysia dan akan dianjurkan oleh Karting Commission dari FIA sendiri.

Antara aktiviti yang menarik yang akan disediakan oleh Malaysia Autoshow ialah:

  • Ruang pameran kenderaan bertutup
  • Pelancaran model-model terbaharu
  • Laluan pandu uji
  • Kawasan pemanduan off-road
  • Simposium Automotif

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Karting Slalom dan Malaysia Autoshow 2017, sila layari www.autoshow.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penjenamaan semula ini bertujuan untuk menjadikan MARii sebagai organisasi strategik dalam usaha…
Berita Domestik
Memorandum perjanjian tersebut telah disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri…
Uncategorized
Anugerah Kereta Tahunan Malaysia Automotive Industry (Car Of The Year MAI) yang bakal berlangsung…